January 12, 2006

Raya Korban Yang Menghimbau Nostalgia

Heh..

Mementangla Raya Qurban, terpaksala pulak aku mengurbankan hari Isnin. Isnin tu aku kena kerja. Bukan kerja apa sangat, setakat jalan2 pungut check dan bank in. Boring gak la, tak mencabar minda langsung tapi terpaksala aku buat pasal kalau aku tak buat macam tu sure aku takde duit nak makan nanti. Bila tak makan aku lapar la. Bila lapar sure la aku kurus. Sure taiko dengan ter jeles giler tengok aku kuros dan main futsal dengan terelnya.. Dah la minggu dulu aku main futsal terel. Siap score lagik...

Bagus jugak kalau aku tak makan. Boleh la aku mengkuruskan badan nanti. Mak aku dah bising dah, badan aku dah straight macam batang balak. Dulu ada la sikit macam pasu. Bukan pasu bunga yang mak korang tanam pokok bunga tu, pasu sarawak yang buat hiasan tu ler.. Kalau korang tak tau, sure mak korang tak tanam bunga.

Pagi2 buta tu aku pegi berak dulu. Pastu baru aku breakfast. Kalau aku tak berak nanti breakfast tak muat dalam perut aku. Aku makan banyak giler sekarang ni. Pastu tiba2 hujan. Itu pun aku kena berak sekali lagi sebab taik aku dah ready kat hujung rektum sebaik sahaja aku siap makan breakfast.

Tapi aku tahan aje. Biasala tahan macho. Aku pegi makan breakfast kat rumah orang, pastu nak berak pulak. Sure nanti tuan rumah ingat aku nak tinggal tanda macam kucing la plak. Aku pun pegila beli tiket kat Larkin. Nasib baik aku dapat tiket kol 3 kot? Aku pun dah lupa.

Pastu aku balik la. Time tu hujan memang lebat. Masa dah nak dekat2 time aku nak naik bas tu, aku teringat la keter tak alih lagi. Aku kena masukkan kereta volkswagon dalam rumah. Akupun pegi la alihkan. Hujan giler lebat, aku terpaksa mandi dan tukar baju balik. Habis lenjun basah badan aku. Boring betul. Pakai payung pun tak guna, sebab bila aku tutup payung aje, hujan dia turun punyalah banyak macam orang siram sebaldi air. Giler..

Aku telefon teksi, pastu naikla teksi pegi larkin. Sampai2 aje bas pun dah ada, jadi aku naiklah bas tu.

Dah ditakdirkan, hari tu memang hari lenjun aku. Aku ingatkan kat luar aje hujan. Dalam bas pun hujan. Ish. Boring betulla. Air cond dia punyalah sejuk sampai berair-air. Air meleleh-leleh dari atas tu kena kat aku. Mula-mula aku ingatkan apa benda la yang menitik-nitik ke atas paha aku nih. Aku tido jelah. Malas nak layan. Sampai separuh jalan, aku rasa seluar aku, terutamanya di bahagian kelengkang aku basah.

Padan la aku rasa adik aku tu kecut aje. Tak guna betul. Tapi kecut time tu jela. Jangan la ingat kecut sampai biler2 hahaha..

Mungkin disebabkan 'hujan' dalam bas tu, driver bas tu pandu laju gila. Bayangkan dari JB ke Seremban tak sampai 3 jam pun. Hahahaha. Tapi sama jugak. Adik aku sampai lambat, jadinya aku sampai rumah pun lambatla jugak. Buang masa betul. Buang masa ni maksud dia, masa aku telah dibazirkan. Bukan aku buang masa tu masuk ke dalam tong sampah atau aku tuang masa tu macam tuang air. Harap faham. Bukan apa, aku rasa ramai yang membaca sama loyar buruk macam aku jugak. Korang jangan nak tipu la. Yeke? Korang tak loyar buruk? Sumpah? Hehe.. jangan sumpah-sumpah. Nanti kena makan dengan sumpah. Ke kena makan dengan sumpah-sumpah? Sumpah-sumpah tu boleh makan manusia ke? Sumpah-sumpah tu apa ek?

Sampai di Seremban, lepak-lepak jap, pastu malam tu aku gerak pegi KL. Maksud aku gerak tu macam memulakan perjalanan ke KL la. Adala satu manusia tu bila aku ajak gerak aje dia gegar-gegar kat kerusi dia je. Ada ke. Itu bukan gerak. Itu gegar la bodoooohhh!!! Nasib baik aku tak bagi penampo kat muka tu. Aku tampo nanti, Hancooooooo!!!!. Hehehe.. sape-sape yang ingat Haji Zambrose, mesti ingat dialog di atas. Hahahaha.. Mana dia ek? Hidup lagi ke orang tua tu.

Kalau nak tau, Haji Zambrose ni dulu, trainer kat Telekom. Dia jugak adalah bekas atlit malaysia. Dia ada penyakit pelik. Kalau tak isap rokok, dia sakit. Hahaha.. macam la aku nak percaya cakap dia tu. Tapi memang betul. Kalau dia berenti isap rokok, badan dia jadi menggigil macam demam kura-kura. Nasib baik tak jadi kura-kura. Kalau jadi kura-kura aku tangkap masuk dalam kolam ikan kat rumah aku kat seremban tu.

Pegi KL pun ada hal penting. Bukan saje-saje je nak pegi.

Pagi tu kol 6 pagi baru aku sampai rumah kat seremban. Aku tido banyak kali masa drive tu. Tak larat woo.. memang tak larat. Giler tak larat. Kaki aku menggigil-gigil masa bawak kereta. Aku dah tak fit la. Maklumlah dah boroi sekarang ni. Terpaksa la boroi, nanti Taiko dengan Ter terpaksa merendah diri bila keluar dengan aku. Kalau sama2 boroi, boleh la pakat gelak sama-sama hahahahahah!

Pagi tu, aku dikejutkan oleh bapak aku. Jom pegi KL. Pegi KL lagi. Pegi dengan bapak aku pulak lah. Pegi MPOB, malaysian palm oil board. Nak cari maklumat pasal tanam kelapa sawit. Aku ingat, tanam kelapa sawit pun bagus la. Boleh relax dan kaya dengan mudah.

Bayangkan, kalau ada tanah seluas 50 ekar. Cukupla tu. Satu ekar, pokok kelapa sawit boleh berbuah secara puratanya, 15 tan ke 20 tan. Tapi ada rekod menunjukkan boleh dapat 30 tan lebih untuk satu ekar. Jadi, kita kira 30 tan ajelah, kalau kita consider yang pokok dari jenis baik, ditanam dengan baik dan tanah subur.

1 tan biasanya kita dapat untung dalam 50 ke 100 ringgit. Ambil RM50 aje dahla. Kita kira satu ekar dapat berbuah 30 ekar. 1 ekar, RM50/tan x 30 tan = RM1500 tan. kalau ada 50 ekar? Ada Rm75000. Tapi jangkamasa dia aku ingat dalam setahun la. Biasanya diorang kira 30 tan seekar setahun. Tapi katalah keuntungan satu tan rm100? Setahun dapat RM150,000. Banyak tu. Gaji sebulan lebih kurang RM12,500.

Kalau seribu ekar? Patutla orang tua yang kena rompak kat kelantan tu kaya giler sampai sehari duit dia masuk RM60,000. Berapa luasla agaknya ladang kelapa sawit dia tu ek.

Okay, habis citer tu, jom balik kampung amik mak aku dengan adik2 aku.

Besoknya raya. Pagi tu aku bangun lambat. Macam biasala aku ni pemalas. Aku rasa aku ni antara manusia yang paling malas dalam dunia sejak aku dah tak kerja ni. MAsa kerja pun aku selalu malas curik tulang. Sama je macam ex boss aku rosli.

Semayang raya kol 8? Gila ke apa? Nasib baik aku sempat la sampai. Itu pun tumpang motor ada mamat tu yang begitu baik hati offer aku naik motor dengan dia.

Lepas semayang. Konon nak melapah. Hampas tebu betul. Pastu nenek aku dan ahli2 keluarga di kampung pun sampai. Bagus, ada orang nak tolong kat rumah.

Habis je keja2 melapah, daging di bawa balik ke rumah, aku buat steak aku yang special tula. Aku campur semua jenis bahan, dan yang paling penting, teriyaki marinade sauce. Tak sempat nak serve dah habis. Best giler. Hehe.. biasala kalau aku yang memasak, tak caya tanya Lego.

Petang tu, tido dan lepas tu aku naik komuter pegi KL la, dengan niat dan tujuan untuk bermain Futsal. Kebetulan pulak, sepupu aku pun menghantar tunang dia balik ke KL, so aku pun offer dia dok sebelah aku. Masa naik Komuter tu, di stesen Nilai, tiba-tiba aku rasa aku nampak Fiza. Sebijik. Dari tepi memang macam dia, style pun sama. Style tulis sms pun sama. Dressing style pun sama. Tapi apa dia buat time-time raya haji macam ni naik komuter dari nilai pulak?

Entahla.. mula la aku rasa lain macam. Aku bagitau kat tunang sepupu aku tu, pasal budak yang aku nampak tu, dia suruh panggil aje. Aku panggil-panggil jugak la.. tapi dia buat tak tau aje.. bukan lah tu kot. Pastu aku ternampak muka depan dia. Macam Fiza jugak tapi lain sikit.

Macam mana ek, boleh ada orang yang muka sangat serupa, saling tak tumpah macam orang yang kita kenal? Ni bukan cerita Pasion de Gavilanes di mana Ruth yang sungguh cantik itu mukanya seperti Libia Reyes yang telah ditemui mati itu. Last-last dia pun turun dekat KL Sentral.

Aku pun turun gak. Memang aku nak turun gak. Turun punya turun, aku pun jalan la. Tengok dari belakang, heheh gemuk dan kaki dia pendek sangat. Sah bukan Fiza. Pastu dia ni pun ketot sikit, tak macam Fiza yang aku kenal, Fiza tinggi sikit dan nampak langsing. Ni badan straight macam Kayu balak atau Tracy hehehe..

Tapi pelik la macam mana muka dia boleh sama giler babi. Mulut sama, hidung sama, mata pun sama..Ke aku je yang tak kenal tapi entahlah..

Aku pun dah start rasa pelik. Aku pun tak tau apa sebenarnya terjadi pada diri aku lepastu. Yang aku tau, aku amik teksi balik rumah aku kat Taman Desa, dan keluar balik. Pinjam kereta Iwan. Nasib baik dia ada kereta. Susah juga takde kereta ni.

Ahh.. lantakla.. aku nak memulakan percutian pendek di KL. Nostalgia itu sungguh brengsek... Buat aku tak senang duduk aje.

Maybe aku rindu kat Fiza tapi aku tak nak mengaku..

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing