May 2, 2008

Satu Kehilangan Besar Kepada Malaysia...

Pagi ini, saya telah dikejutkan dari tidur saya dengan berita yang agak sukar diterima oleh akal waras saya ini.

Baru sahaja dalam beberapa hari ini, saya telah mendapat berita mengejut yang kritikal dan agak memeranjatkan saya. Beliau telah dimasukkan ke hospital sejak Januari yang lalu setelah disahkan oleh doktor yang beliau mengidap kanser tahap ke-4.

Sejak daripada itu juga, beliau telah melalui menjalani rawatan di LA dalam keadaan yang sangat tenat sekali.

Pada malam Rabu lalu, saya telah menyertai suatu majlis Asma ul Husna untuk sama-sama berdoa agar Allah mengembalikan kesihatan beliau. Majlis itu telah dianjurkan dan digerakkan oleh insan yang sangat menyayangi beliau iaitu kekandanya sendiri. Walaupun beliau nazak dan sakit yang teramat kuat, kekandanya tetap yakin dengan usahanya ke seluruh negara memohon doa ke aras pengembalian kesihatan Tan Sri. Sehinggalah malam tadi, beliau ke Singapura untuk tujuan tersebut.

Namun malam tadi, seperti tidak keruan, saya berasakan sesuatu yang tidak kena apabila saya yang sepatutnya penat giler, tidak dapat tidur hinggalah hampir ke jam 2 pagi, di mana saya cuba untuk mengantuk dengan mengadap komputer tetapi tidak bisa.

Allah telah menakdirkan yang Dia lebih menyayangi, dan Allahyarham telah dipanggil ke Rahmatullah pada lebih kurang jam 1 pagi tadi, melalui SMS daripada adik ipar saya kepada ayahanda saya.

Innalillah...

Sumbangannya yang besar terhadap Industri Automotif negara tidak boleh dipandang remeh. Mungkin hanya beliau sahaja yang mampu membuat perusahaan Automotif tanpa memerlukan Syarikatnya disenaraikan di bursa saham.

Ingatan terhadap Tan Sri sebagai antara tokoh Muslim yang berjaya akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia.

Semoga roh Tan Sri sentiasa dicucuri rahmat oleh semua insan yang mengasihi dan menyayanginya sepanjang kehidupan Tan Sri Nasimuddin SM Amin insya allah...

Al-Fatihah...

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing