October 14, 2008

Fasa peralihan kuasa di Malaysia - Dan saya kembali berminat

Sesuatu yang agak menarik untuk saya kupas di sini bahawa fasa peralihan kuasa yang hanya akan bakal berlangsung di bulan 3 tahun hadapan, bisa menyaksikan ramai muka2 baru yang ingin mencuba nasib dengan memperjudikan masa hadapan karier politik masing2.

Seharusnya sebelum ini, saya lebih berat ke arah menyokong pakatan Tengku Razaleigh Hamzah dengan Muhyiddin Yassin yang bakal menyaksikan peralihan kuasa dari Mahathir-AbdullahBadawi-Najib tidak akan berlaku.

Jika diperhatikan arus perdana yang bergolak sekarang, seluruh umat Melayu yang mahukan UMNO back on track dilihat menyokong regu Najib sebagai Presiden and Muhyiddin sebagai timbalannya, hatta mantan perdana menteri, Che Det turut menyatakan sokongan terbuka terhadap kedua-dua pemimpin ini untuk menerajui dan meneruskan kesinambungan kemakmuran yang telah sekian lama dikecapi oleh rakyat Malaysia sepanjang lebih 20 tahun yang lalu.

Kedudukan Najib yang kini turut menerajui Perbendaharaan negara dilihat sebagai key factor yang memperkukuhkan lagi sokongan terhadapnya daripada akar umbi. Dengan kedudukan Najib sekarang, beliau dilihat sebagai orang yang berkaliber untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas memulihkan ketenatan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang ini.

Seperti yang telah saya jangkakan sebelum ini (dan ternyata jangkaan dan ramalan saya jauh lebih baik daripada analyst2 di bank2 tempatan), harga Minyak Mentah bakal jatuh di bawah USD80 setong (sila rujuk kepada entry ini dan ini) dan saya merasakan keputusan Malaysia untuk menaikkan harga jualan minyak di negara ini agak terburu2.

Oleh yang demikian, banyak aktiviti2 ekonomi menjadi kurang rancak disebabkan harga bahanapi yang melambung tinggi. Langkah menurunkan lagi harga minyak ke paras terminimum bakal menyaksikan kerancakan semula aktiviti2 ekonomi yang sedang berlangsung di negara ini.

Bagi memastikan penurunan harga barang, adalah perlu mewujudkan lebih banyak saingan. Kerajaan dilihat berperanan dalam mengeluarkan lesen-lesen dan permit2 baru bagi mewujudkan persaingan2 sihat demi kepentingan rakyat.

Banyak orang melihat UMNO sebagai tidak lagi relevan sebagai madah hatta untuk menjadi orang di atas pagar pun kepada orang2 melayu. Ini adalah disebabkan UMNO dan sekutu2nya di dalam perikatan Barisan Nasional tidak lagi memperjuangkan apa yang dilihat sebagai kepentingan rakyat.

Sebagai contoh, Permit teksi hanya diberi kepada syarikat2 besar dan tidak lagi kepada perseorangan.

Bagaimanakah ini boleh berlaku. Bukankah sepatutnya permit teksi diberi kepada pengusaha teksi itu sendiri? Polisi seperti ini membolehkan kaya menjadi lebih kaya. Adalah pasti sekali orang miskin tidak mampu menubuhkan syarikat sdn. bhd. apatah memohon permit yang banyak.

Pernahkah anda terfikir, pemandu teksi membayar sewa-beli teksi Proton Iswara sebanyak rm80 sehari, bersamaan RM2400 sebulan. Berapa banyak sangatlah anda harus membayar untuk sebiji kerete Proton iswara sebulan?

Padahal dengan RM2400 sebulan, anda mampu membeli sebiji BMW 3 series sekurang2nya. Akan tetapi pemandu2 teksi ini redha dengan keadaan yang memeritkan ini dengan alasan, nak cari makan. Berapa sangatlah gaji dia dapat kalau bayaran sewa sahaja dah RM80 sehari. Minyak adalah di atas tanggungan sendiri pemandu teksi.

Fikirkanlah, berapakah keuntungan syarikat yang memegang permit teksi sekiranya ia mempunyai sekurang2nya 100 biji teksi yang disewabelikan.

Tidak hairanlah kenapa ada pemandu teksi yang sering menipu pelanggan dengan tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Siapa yang harus dipersalahkan?

Saya percaya, Najib dan Muhyiddin bakal memikul tanggungjawab yang besar dalam memulihkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi dan obligasi sosial dan seterusnya memacu negara ke arah yang sepatutnya kita sudah berada 5 tahun yang lalu.

Abdullah Ahmad Badawi adalah satu kesilapan besar Malaysia.

October 8, 2008

Selamat Hari Raya



It's been a week. I wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri.

May Allah bless us wuth wellness and prosper, Insya Allah.

-Izham Miyake-

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing