May 24, 2007

Sumolah... The Review Interview


Q :: Kau pergi tengok ke?

Ya.

Kami pergi menonton wayang gambar pada hari Sabtu yang lepas. Cerita apa? Cerita Sumolah oleh Afdlin Shauki.

Sebagai salah seorang peminat dan penyokong terbesar mamat yang agak besar itu (iaitu Afdlin Shauki), aku pun terpaksalah naik ke KL dengan sukarelanya. Rancangan untuk menonton Sumolah itu telah dianjurkan dengan jayanya oleh Encik Budiey.

Q :: Best tak citer tu?

Aku rasa aku nak bagi 3.7 out of 5. Saje macam best je ada nombor 7 tu. Nak bagi 7 tak boleh sebab out of 5. Kalau out of 10 aku bagi dia 7.7. Kalau out of 15..

Q :: Oi... dah dah dah.. Ko suka tak tengok citer ni?

Aku rasa macam suka. Tapi meleret-leret sangat la. Sampai aku terpaksa tahan kencing supaya tak lepas scene-scene penting. Nanti aku kena batu karang aku saman afdlin shauki.


Q :: Sape lagi yang pegi?

Tengok la kat atas tu. Yang besar kecik tua muda semuanya pergi. Tengok sendirilah. Malas aku nak sebut sorang2. Salah eja nama nanti kena complain plak.

Aku sampai2 aje terus pegi jumpa diorang kat concourse KLCC. Aku antara yang terawal sampai.

Q :: Eh.. tak tanya pun..

Eh engko apahal? Aku saja nak bagitau kau. Saje nak bagitau bagi kau jeles. Aku dapat goodie bag dengan CAP kat dalam dia. Kalau tak aku dah boleh dapat T-shirt tapi sebab aku kesian kat ada sorang budak Montok ni, aku reservekan la untuk dia. Aku patut claim duit tu kat dia.

Q :: Berapa kau nak claim?

Ah sibuk lah kau...!


Q :: Part mana yang kau suka dalam citer tu?

Aku rasa aku suka part yang last sekali. Masa diorang semua berbaik. Itulah harapan yang sepanjang cerita itu. Tapi yelah boring lah. Happy ending. Tapi kalau ikut lagu CINTA, kan dia ada cakap; bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

Q :: Kau jiwang la (sambil korek hidung dan makan)

Aku cakap benda yang betul. Bukan jiwang. Sekurang-kurangnya aku tak makan taik hidung macam kau.


Q :: Part apa yang paling mengesankan dalam cerita tu?

Part yang pagi sebelum diorang pergi competition kat Lim Kok Wing tu (ala Afdlin, macam la aku tak tau.. kan dah kantoi). Afdlin tengah berlatih dengan gigihnya di halaman rumah. Mak dia datang dan dia cakap..

"Mak.... Mak tau tak, Ramlee sayang sangat kat mak....."

Bulu kaki dan misai gua terus meremang. Gua terus teringat kat Mak gua dan mata gua mula bergenang. Awek yang bernama Mazen kat sebelah aku dengan kuatnya announce, "AKU NANGIS NI".


Q :: Oklah. Terima kasih kerana sudi ditemuramah. Jumpa lagi yer.

Eh tadi ko cakap interview dapat duit ma? Kata ko nak bagi aku RM50?

Q:: Eh manade.

Ada la.

Q :: Yeke? Eh lupa pulak. Ada soalan lagi la..

Ah. Alasan. Tapi boleh jugak. Rasa cam glamour plak. Tanyalah lagi.


Q :: Lepas tu korang buat apa? (sambil korek telinga dengan jari dan cium)

Pegi makan2 la. Sembang2. Tapi semua orang pun nak balik cepat.

Q :: Eh takde gambar ke?

Kau buta ke apa? Kau tak nampak ke?


Q :: Sape pulak yang macam menang anugerah tu?

Tula budak tu.. yang mont.. tu.. hehehe.. Tapi memang dapat anugerah pun. Anugerah cabutan bertuah. Dapat MUG. Aku haram x dapat apa2.

Q :: Aku rasa nak kencing la. Ko tunggu kejap boleh tak?

Okay.




* Saya tunggu sampai besok. Tak datang2 pun mamat tu.

8 comments:

erin said...

motif pic i yg buruk turut dipublish..? uuwwaaa malu..

aez82 said...

comel lar izham nie..hahaha.. meh..hahahaha lagi...
jap..lagi sekali..hahahahaha..

org suke part ramli takde duit nak beli nasik lemak..kene tipu lagi..then nampak sity honda plax..suke sangat..sian pun ade..

ok..lagi sekali..hahahaha

zianazone said...

erin ko yg mana satu kat gambar tu..meh lah kita kenal2 hehehe

hahaha aez82..aku nak join ko hahaha jugak bleh tak...hahahaha

tiub beskal said...

aku suka part yang honda siti tu gi tgk dia mula2 training sumo.giler klakar tak ingat.sampai sakit muka aku dok gelak

kunci said...

Hahahahahahahahahaaa..............bodonya interview ni. cam lawak kampung manatah!!

nina~syazna said...

huhuh
lawak ..

Budiey said...

Lawaknya laa temubual nih...

mmg semua gambar cun... ni yang buat Budi nak tukar lens baru nih...

habisla dekat RM3 ribu nanti nih...

Anonymous said...

izham....ko igt jgk ape yg aku ckp kat dlm panggung tu. wei, jgn la bg tau org lain. malu tau. nanti ko ea...

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing