January 6, 2010

Hazril Ibrahim - Apa keburukan yg timbul kepada Islam jika semua agama lain guna nama Allah untuk tuhan masing2? Apa pula kebaikannya?

Keburukan - Hahahaha. Orang2 dari agama lain akan ramai2 masuk Islam sebab akhirnya mereka akan mengaku bahawa tuhan adalah Allah, bukan tuhan2 lain (takut nak sebut nanti sensi-Azman Minha). Nanti tak cukup tanah pula untuk perkuburan orang Islam.

Kebaikan
- Dakwah secara tak langsung bahawa Allah yang maha Benar dan Satu adalah Allahu Ahad Wallah Hussamad.

Dalam hal2 sebegini, yang penting adalah hati kita. Di manakah letaknya Iman kita.

Sbg seorang Islam, yang penting adalah Aqidah kita. Kita asyik sibuk dengan amalan Fiqh sdgkan Aqidah kita tak berapa kuat lagi. Masih terdengar orang2 yang bersolat tunggang tunggik tapi masih lagi percaya benda karut marut yang bidaah dan mensyirikkan seperti berjumpa bomoh, menyantau orang dan sebagainya.

Ramai juga yang kuat solat tapi tak bisa menahan Ammarah. Ramai juga yang suka bersedekah tapi suka menjaja cerita sedekahnya.

Saya pernah terdengar seorang Imam yang marahkan anaknya sebab dah kawin lebih sepuluh tahun tapi masih belum dapat anak. Katanya, 'Buat anak pun tak reti', sedangkan rezeki adalah di tangan Allah.

Dalam hal ini, kita harus bertawakkal kerana hanya Allahu Ahad yang Maha Mengetahui. Kenapa kita harus risau sekiranya perkataan Allah digunakan dalan terjemahan Bible sedangkan reference kita adalah al-Quran, yang juga Imam kita. Kenapa nak takut sedangkan Imam kita bukan Bible.

Kita yang seharusnya memperkuatkan Aqidah kita. Dengan didikan yang cukup, rasanya kita tak perlu takut dengan apa pun hatta kalau orang nak bunuh kita kerana beriman dengan Allah pun kita tak perlu takut selagi kita berpegang kepada beriman kepada Allah.

Alhamdulillah, sekarang ni rasanya ramai lagi yang masih kuat Imannya walaupun luarannya nampak macam orang yang mulutnya jahat. Sebagai contoh seorang kawan di kantor yang suka mengutuk orang tapi bila bercakap tentang anak, rezeki dan pangkat, beliau selalu berkata alhamdulillah atau pun masih belum ada rezeki walaupun kerjanya mengutuk orang tak sudah (you know what I mean)

Sepertimana yang kita katakan tadi, you know your limit even though sky is the limit, you know where to limit yourself.

Saya sendiri, Taiko dan kawan2 lain dengar jugak lagu2 puja syaitan yang ganas2 macam Black Metal Grind Core dan sebagainya tapi tak pulak jadi atheist atau masuk Kristian. Masih lagi orang Islam yang sejati.

Daripada bercerita hal2 yang serious yang kita pun tak tahu ke mana hala tuju, baik kita cerita pasal blue atau taik.

Taklah takut jadi Syirik. Hehehe.. :p

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing