October 22, 2009

Aussie firms deterred by Malaysia’s slow internet speed

Read this.

This is humiliating. No?

My brother in Russia paid not even quarter of our RM88 for his 8MB/s broadband Internet connection at home.

My sister paid only 5 pounds for a phone line, cable TV and a 10MB/s broadband Internet connection.

We? Are we okay? No?

We pay RM88 for a stupid 1 MB/s (they claimed so) Internet connection line, of which I rarely be able to download at the speed of 50 kbps even!

And look at what Rais Yatim answered here.

As for now, even the 1MBps broadband is really slow, what is the purpose of intending to add the number of broadband users? Is he stupid or what?

Rais Yatim can only do cultures. Dances. Singing but Technology? No?

WTH is going to be with Malaysia. How can I write if every single day of my life is filled with anger and dissatisfactory?

October 13, 2009

Itu ini begitu begini

Subhanallah. Allah itu maha penyayang tapi dia juga maha adil.

Isu-isu yang berlaku di sana sini telah banyak mewujudkan buah fikir yang bermacam-macam di benak saya. Kelibat-kelibat yang menunjukkan keruntuhan institusi dan perpaduan nusantara dan sejagat sudah begitu jelas dan tidak bisa disembunyikan lagi.

Bermula dari kisah Manohara, Noordin Mat Top, Isu Tarian Pendet dan sebagainya telah mencetus bibit kebencian yang disemai secara membuta-tuli oleh pihak Media Indonesia yang sememangnya memperjuangkan Kedemokrasian Media tanpa kawalan dan hala tuju.

Adalah sesuatu yang mengelirukan lagi membingungkan, apakah tujuan Media Indonesia ini berbuat sedemikian rupa? Sejenak beromong kosong dengan Pak Lius, seorang WNI yang bekerja di DHL APIS di Cyberjaya, Malaysia, perbuatan memalukan itu terdorong oleh kerakusan dan ketamakan Media Indonesia yang perlu bersaing bagi mendapatkan 'pasaran' bagi beritanya sehinggakan, wallahualam, sanggup membayar rakyat-rakyat yang sangat membutuhkan wang bagi menimbulkan huru-hara demi mencapai matlamat, iaitu membolehkan Berita yang hendak dipasarkan sampai ke telinga pendengar yang mahukan berita-berita sensasi sebegini.

Quote, ini bukanlah kenyataan saya sendiri tetapi kenyataan oleh Pak Lius sendiri. Beliau juga bersedih setiap kali beliau pulang ke kampung halamannya di Sulawesi, tipis telinganya mendengar rata-rata yang mencemuh dan menjuih bibir apabila Malaysia disebut.

Wujudnya golongan konfrontasi and ekstremis seperti adalah sesuatu yang menggusarkan disebabkan kemampuan mereka untuk berbuat apa sahaja demi mencapat matlamat yang diidamkan.

Apakah salah Malaysia sebagai sebuah negara? Apakah banyak sangat kesalahan rakyat Malaysia sehingga perlu Malaysia diperangi, dicemuh dan dihina sedemikian rupa? Adakah Malaysia menyerang negara lain, seperti mana Rusia menyerang Chechnya atau US menyerang Iraq? Kenapa US atau Rusia tidak diperangai sebegitu rupa di dalam Media2 di Indonesia?

Walhal, rakyat Indonesia banyak menimbulkan permasalahan di Malaysia. Waktu saya baru sahaja berpindah ke Seri Kembangan, jiran saya diikat dan dirompak oleh orang Indonesia. Banyak lagi hal2 jenayah yang dilakukan oleh orang2 Indonesia tapi kami tidak pernah bertempik atau berteriak mahu menyerang Indonesia, kerana kami masih waras dengan aqal yang dianugerahi Allah SWT, kami bisa memerah keringat dan otak sendiri untuk menyelesaikan permasalahan ini tanpa perlu mengungkap rasa benci atau marah kami, sebabnya, kami sedar, dengan aqal yang Allah berikan ini, dengan sewarasnya kami bisa berfikir bahawa bukan semua orang Indonesia itu jahat!

Dipendekkan cerita, setelah puas memomoki rakyat Indonesia dengan hasutan dan fitnah supaya membenci Malaysia, dengan tidak semena-mena tuhan menurunkan bencana!

DANG!

Padang ditimpa bencana gempa bumi berskala Richter 7.3. Berturutan lagi gempanya.

Ingatlah wahai saudara-saudara seIslamku sekalian. Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang memutuskan persaudaraan sesama Umatnya seperti ayat ini.

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

And hold fast , all of you together , to the cable of Allah , and do not separate . And remember Allah ' s favor unto you : how ye were enemies and He made friendship between your hearts so that ye became as brothers by His grace ; and ( how ) ye were upon the brink of an abyss of fire , and He did save you from it . Thus Allah maketh clear His revelations unto you , that haply ye may be guided ,

Yang bermaksud (lebih kurang),

Dan berpegang teguhlah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah akan perintah Allah terhadapmu, bagaimana musuh2 kamu bisa menjadi sahabat melalui hatimu, dan menjadi saudaramua berkat rahmat Allah, dan apabila kamu sudah hampir terjerumus ke dalam azab api neraka, Allah yang akan menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah telah menunjukkan kekuasaanya dengan nikmatnya semoga kamu mendapat hidayah dan petunjuknya.

Dari ayat tersebut, maka jelaslah Allah benci akan perbuatan membenci sesama Islam. Akan tetapi, kenapakah Allah sangat cepat menunjukkan kekuasaanya di bumi Indonesia berbanding mana-mana tempat di dunia ini, walhal Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang?

Jawapan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sebagai umat Islam harus memperkukuhkan lagi keimanan semoga Allah akan mencurahkan rahmatnya yang tidak berbelah bahagi kepada kita.

Ingatlah Aceh juga ditimpa bencana kerana sesuatu. Ingatlah wahai saudara-saudaraku.

Wallahualam.

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing