December 15, 2010

Mengapakah minyak semakin sedikit?

Mari kita mulakan tajuk hari ini dengan perbandingan penggunaan minyak RON95 dengan RON97. Jika anda perasan, RON95 adalah minyak yang sangat tidak menjimatkan. Beza penggunaan RM50 RON95 dengan RON97 adalah jelas menggunakan Toyota Wish saya. Ujian ini adalah sangat rambang dan mungkin kurang tepat akan tetapi secara kasarnya ianya agak konsisten. Ini tidak termasuk ujian di atas lebuhraya. Diharap agar anda tidak menggunakan hasil ujian ini sebagai rujukan di tempat lain.


RON 95
RM50 boleh dapat 26.32 liter di mana saya boleh memandu sejauh 240-260 bergantung cara pemanduan.
RM50 bahagi dengan 240km = 20.8 sen setiap 1 km.


RON 97
RM 50 boleh dapat 21.74 liter di mana saya boleh memandu sejauh 280-330 bergantung cara pemanduan
RM50 bahagi dengan 280km = 17.8 sen setiap 1km


Menggunakan minyak RON97 sebenarnya lebih murah walaupun harga nampak seperti mahal. RON97 juga lebih baik untuk kenderaan anda, 3 sen setiap kilometer jika didarab dengan setiap 5000 km, anda menjimatkan RM150 setiap kali servis. RM150 boleh digunakan untuk servis kereta, kenalah tambah sikit.

Dan kerajaan yang bijak ini mungkin tahu tentang hal ini. Hehe. Mereka tahu orang akan lebih menggunakan RON95 sebab harganya yang murah, tapi kadar penggunaannya lebih tinggi.

OK.

Mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api minyak adalah sesuatu yang bernas akan tetapi bagaimana praktikal-kah idea ini untuk dipraktikkan, sekurang2nya buat masa sekarang.

Sumber bahan api berasaskan petroleum ini paling banyak digunakan dalam aktiviti yang menggunakan enjin dan motor, seperti memandu kenderaan dan industri2. Ianya adalah bentuk jisim yang menghasilkan tenaga melalui pembakaran yang menghasilkan satu tenaga yang lain.

Prinsip keabadian tenaga mengatakan nilai tenaga sentiasa sama walaupun ianya berubah bentuk. Nilai akhir tenaga dalam bentuk yang lain mungkin berbeza, disebabkan oleh faktor-faktor kehilangan tenaga seperti geseran dan sebagainya.

Setakat ini, belum ada sumber bahan api yang boleh menandingi keberkesanan minyak sebagai sumber bahan api yang murah dan efisyen, walaupun dalam keadaan sekarang ini, ianya tidaklah begitu murah di negara ini, ianya tetap yang paling murah. Walaupun sekarang teknologi penghasilan tenaga melalui bahan2 lain seperti Hidrogen dan Elektrik telah ada, teknologi tersebut masih mahal disebabkan manipulasi hakcipta harta intelektual yang membenarkan satu2 inovasi itu dimonopoli oleh orang yang memiliki hakcipta tersebut.

Sepertimana di Malaysia, kerajaan kononnya memberi galakan untuk rakyat yang ingin menggunakan teknologi hibrid di dalam kereta tapi kereta hibrid yang paling murah setakat ini, RM93,000, iaitu Honda Insight, yang pada sesetengah golongan rakyat sangat tidak berkemampuan untuk memilikinya. Harga Perodua Kancil yang paling murah (bukan terpakai) tetap 20k lebih.

Saya sangat hairan kenapa Kerajaan Malaysia tidak begitu mendorong Perodua dan Proton mengeluarkan kereta2 hibrid ini dengan cepat memandangkan kerajaan berpendapat, jumlah simpanan Petroleum semakin berkurangan?

Ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang kononnya mahu melindungi harga proton di pasaran sehinggakan harga2 kereta bukan Proton dinaikkan sekiranya jualan Proton merudum jatuh.

Secara logik, jika petroleum semakin kurang, kerajaan menggalakkan lebih penghasilan kereta2 hibrid. Perodua sudah sepatutnya keluar dengan kenderaan hibrid yang tidak menggunakan minyak dan tidak mencemarkan udara dan bunyi alam sekitar. Adalah mustahil Perodua tidak mampu menghasilkan kereta hibrid sedangkan Perodua dipunyai oleh Toyota & Daihatsu, dua nama besar dalam industri kenderaan yang sudah pun mempunya kenderaan hibrid sendiri.

Apakah puncanya? Adakah kerajaan juga mahu melindungi Petronas? Adakah jika semua orang menggunakan hibrid, jumlah jualan petroleum akan berkurangan? 

Isu sebenarnya yang saya nak tonjolkan di sini adalah, mengapa simpanan minyak semakin sedikit.

Sebagai orang Islam, saya percaya, dengan bersedekah, Allah akan memberi lebih kepada kita. Saya tidak nampak kerajaan Malaysia mahu bersedekah minyak kepada rakyatnya. Lagi kikis duit rakyat lagi adalah. Mungkin itulah sebabnya Allah tarik balik nikmat Minyak yang diberikan kepada Malaysia disebabkan para pemimpinnya tidak menguruskan minyak dengan cara yang diredhai Allah.

Maaf, ini bukan spekulasi, tapi ini adalah tanggapan saya sahaja. Kita harus lihat negara-negara Arab. Mereka mulai mempercayai minyak sudah mula berkurangan. Siapakah yang menasihati mereka ini? Orang2 barat.

Kalau kita Islam dan percaya dengan bersedekah Allah akan memberi lebih lagi, kita tentu tidak risau tentang minyak. Betapa Nabi Ibrahim tidak risau meninggalkan Siti Sarah dan Nabi Ismail di Safa & Marwa sebab yakin Allah akan melindungi mereka. Allah bagi sumber air yang abadi untuk mereka.

Lu pikirlah sendiri.. Wallahualam.

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing