Kalau nak rompak, silalah rompak adik ipar saya.. hehehe..
Saya ada terlalu ramai sejarah kambing dalam hidup saya. Bermula sejak sekolah rendah lagi, kawan saya nama dia Mohamad Nur Sulhi yang pernah terberak di dalam kelas. Terberak tu bukanlah dia berak di hujung kelas, tetapi di dalam seluarnya. Nak kata dalam seluar pun tak juga sebab lepas tu dia cicir sebijik-bijik macam tahik kambing.
Tak pakai spemder rupanya. Saya pun tak pakai spemder tapi tak pernah pun berak cam kambing. Berak dalam seluar tu pernah la jugak.. Hehehe. Masa tu dalam bas Tai Lye nak pergi Melaka. Nasib baik pakai spemder. Spemder je kena taik.
Aku cirit masa tu. Siot tol. Sejak daripada itu aku akan berpuasa khatan 3 hari sebelum travel naik bas.
Eh khatan dengan sunat tak sama ke? Apsal nenek aku dulu tanya nak sunat ke tak?
Ada member aku ni pulak, bini dia tanya, nak sunat kali kedua ke tak? Hehehehehe.
Sejak itu kawan aku yang bernama Mohamad Nur Sulhi di panggil Mohamad Nur Sulbing atau panggilan ringkas nya Nurbing.
Sejak itu juga sering kedengaran embekan-embakan oleh murid-murid lain yang tidak bernama Mohamad Nur Sulhi. Hairankan. Manusia pulak yang nak jadi kambing.
Di sekolah menengah juga ada. Tapi sejarah kekambingannya tidaklah begitu jelas memandangkan kambing ini bercermin mata, jadi pandangannya juga tidak jelas. Yang jelas bila ditarik cermin matanya dia akan menjerit macam kambing baru lepas pijak anak dia sendiri.
Di universiti juga sama. Ada 2 orang kawan saya yang kambing. Seorang tinggi dan seorang rendah.
Berdasarkan pena'kulan mantik, kita boleh membuat satu rumusan bersama iaitu kambing pun boleh belajar sampai ke universiti ek. Saya membuat kesimpulan bahawa kambing yang disembelih untuk dibuat aqiqah tidak sempat manjadi manusia seperti mana kawan-kawan kambing saya tadi.
Patutlah ramai yang bela kambing. Kambing pun dah boleh belajar sampai lulus universiti. Hehehe..
Jangan terperanjat la satu masa nanti Kambing akan jadi Perdana Menteri. Kalau 'Black' pun boleh jadi presiden USA, tak hairanlah satu hari nanti bangsa kambing pun boleh menjadi perdana menteri malaysia. Ala yang ada ni pun lebih kurang aje. Hehehehe.


Boleh juga dipanggil Bapak Saudabing.

Kalau dulu dipanggil cukur jambul. Sekarang dipanggil cukur jambing.


* Baby portraitures on my Photo Blog
No comments:
Post a Comment