April 21, 2009

Jamban yang kurang ajar...

Kita semua tau, masalah terbesar di jamban ialah orang tak flush selepas pakai jamban. Maksud pakai tu bukanlah pakai macam pakai seluar, tapi macam kencing ke berak ke... Oleh kerana masalah itu, muncul lah ciptaan jamban flush sendiri yang menggunakan sensor. Kalau ada yang kencing tak flush pun dia akan flush sendiri. Bagus jugak kan? Sepatutnyalah....

Last weekend, saya balik ke JB sekejap, saja jalan-jalan get away from home. Hari Ahad, sempatlah saya ke City Square sekejap. Ingat KL aje ke yang ada City Square? Johor pun ada ma!! Lagi meriah! Ada cinema lagi.

Tapi masa kat sana, tiba2 saya sakit perut yang memulas2. Rasanya kena ke tandas ni. Masuklah satu tandas ni bayar 30 sen sahaja. Oklah. Masuk2 aje ada tandas menyangkung (biasalah orang kampung mesti nak berak sambil menyangkung kan?) yang kosong so saya pun masuklah.

Masuk2 aja dia flush! Ada automatic flush rupanya... Hehehe.. Baguslah at least tak perlulah saya nak siram air supaya tahi tu tak melekat nanti.. Nantikan, laju je tahi tu turun ke dalam lubang tu nanti.

Bukak seluar, saya pun menyangkunglah tunggu tahi tu datang. Masa tu sure la tak boleh duduk diam kan, kejap ke kiri kejap ke kanan supaya perut kita selesa.

Dalam masa gerak2 tu dia flush lagi. Gerak lagi flush lagi. Gerak lagi flush lagi. Eh. Asyik flush je benda ni. Rosak ke? Jenuh dia flush jamban tu. Tahi pun tak keluar lagi ni. Sensitif betul sensor flush tu. Gerak kepala dalam 2-3 CM pun dia dah flush. Tak ke membazir bil air dan bil api tu nanti? Tak cukup 30 sen tu rasanya.

Dalam lebih kurang 20 kali dia asyik flush aje (saya kira tau), yang ditunggu2 pun dah tiba. Saya sungguh concentrate masa tu tak gerak2 supaya tak diganggu dek flush tu. Nanti hilang fokus. Tak best.

*PooP*

Punyalah sedap melepas. Lama betul dia nak keluar. Mesti panjang giler ni. Saya pun agak penasaran nak melihat panjang mana atau besar mana tahi yang keluar sampai perut saya sakit yang amat2 sangat. Bila saya tunduk aje ke bawah...

*FLUSH*

Kurang ajar!!!! Tak sempat nak tengok!

* siap masa dah nak keluar pun dia sempat flush seround lagi...

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing