Below are my long comment in 'Bahasa Melayu' at Dr. Khir's blog and it's up to him to approve it or not.
I really hope he does!
Pak Lah memang sangat lemah dan hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri sahaja.
Banyak tindak tanduk beliau yang jelas menampakkan beliau hanya ingin menjaga kedudukannya.
Dalam menjaga kedudukannya, tindakannya dilihat sebagai sangat berfikiran sempit di mana beliau hanya dilihat memfokus kepada segelintir manusia dan issue tanpa melihat kesannya secara am.
Kesan daripada tindak tanduk Pak Lah lebih ke arah 'destructive' daripada 'constructive'. Tindak-tanduknya yang terlalu 'insensical' tidaklah perlu diperbincangkan lagi. Hanya menambah Aib Pak Lah sahaja.
Setelah rakyat mengesahkan ketidak-penerimaan tindak-tanduk beliau dalam PRU12, beliau masih lagi bertindak demi menjaga periuk nasinya dengan pembelaan kehakiman dan sebagainya.
Nampak seperti kebudak-budakan sangat! Adakah hanya itu yang mampu difikirkan oleh seorang Perdana Menteri?
Jelas sekali, tiada kesinambungan idea dan hala-tuju pemerintahan dalam pentadbiran Pak Lah yang dilihat oleh rakyat sebagai sesuatu yang bukan sahaja merugikan bahkan merosakkan negara.
Pada saya, apa yang rakyat mahukan ialah ekonomi yang baik dan 'life sustainability'. Banyak yang boleh dilakukan selain cerita mesyuarat politik dari negeri ke negeri yang tak berkesudahan.
Pada pengamatan saya, kebanyakan rakyat tidak pernah endahkan kepolitikan negara semasa zaman TDM melainkan semasa zaman kejatuhan DSAI. Ini adalah kerana kehidupan rakyat sebenarnya bertambah selesa dari semasa ke semasa. Dari tidak pernah menaiki kereta, kemudian mampu memiliki kereta dan memandu dari JB ke KL pula. Perkembangan ekonomi dan taraf hidup sangat ketara dari tahun 1990-2003.
Negara mengalami banyak perubahan dan pembinaan prasarana sangat memuncak. Rakyat mendapat peluang untuk memajukan ekonomi diri dengan peluang-peluang yang diwujudkan.
Selepas 2003, perkembangan ini dilihat hambar dengan pembatalan projek-projek besar, kenaikan petrol, inflasi yang ketara dan yang lebih menyedihkan lagi, ekonomi negara sentiasa dilaporkan sihat walaupun negara-negara lain yang lebih maju dan baik ekonominya melaporkan ekonomi yang merudum jatuh.
Sudah tentu rakyat cerdik pandai yang mana kebanyakannya sudah lulus universiti tak kira di dalam dan di luar negara berasakan sesuatu yang tidak betul. Adakah 'economist' negara sudah hilang akal atau perkara ini disengajakan?
Jika ada pun tindakan yang dilihat seperti menguntungkan rakyat, sebenarnya, lebih kepada tindakan yang merugikan orang lain, dan tampak membazir.
Contoh 1: LCCT untuk Air Asia
Kenapa perlu dibangunkan sebuah lagi lapangan terbang padahal KLIA pun masih belum digunakan sepenuhnya? Jika sewa KLIA mahal, adakah Kerajaan tidak boleh campur tangan untuk meminta sewanya dikurangkan demi kebaikan semua pihak?
Contoh 2: Air Asia
Kenapa perlu sebuah lagi syarikat penerbangan. Kenapa tidak dirombak sahaja MAS dan diperlakukan seperti Air Asia? Kerajaan berkuasa melakukan segalanya.
Itu hanya antara 2 contoh yang dapat dilihat sebagai satu pembaziran. Apa yang saya lihat di sini adalah, adanya pihak yang mendapat keuntungan daripada kelemahan daripada sesuatu issue.
Banyak lagi pembaziran seperti rancangan masjid besi putrajaya, masjid kristal, pembinaan segala jenis koridor di negeri-negeri lain. Perlukah semuanya ini?
Kenapa tidak ditumpukan kepada Cyberjaya untuk menjadikannya sebagai 'Silicon Valley' yang terunggul di Asia tenggara?
Cyberjaya yang sememangnya sudah pesat membangun akan lebih menjanjikan sumber ekonomi yang sangat luar biasa sekiranya cyberjaya diperunggulkan lagi.
Kenapa tidak berusaha bersungguh2 untuk membina jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor? Tahukah anda betapa makmurnya Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas selepas ini sekiranya Jambatan Bengkok itu berjaya dibina? Itu sahaja sudah mampu menyumbang berbilion-bilion ringgit untuk negara.
Kita boleh lihat betapa Tun sudah menyediakan laluan yang cukup mudah untuk Pok Lah meneruskan kesinambungan ekonomi negara. I bet, jika anda seekor monyet pun sudah tentu anda mampu memerintah negara ni dengan legacy ekonomi yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir.
Tapi apakah yang berlaku?
Pok Lah hanya mementingkan agendanya yang tersendiri. Dia nak memahat namanya sendiri dengan idea-ideanya sendiri yang dilihat tidak ke mana-mana dan hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
BN tidak boleh marah dengan rakyat sekiranya rakyat sudah mula berblogging dan mengambil-kira pandangan-pandangan liar menerusi Internet kerana ketidakpuasan hati rakyat berkenaan ekonomi telah merangsang rakyat untuk terus mencungkil maklumat-maklumat lain yang menjurus ke arah pendedahan kelemahan-kelemahan kerajaan satu persatu.
Adalah salah untuk membuat tanggapan yang rakyat masih bodoh. Sudah terlalu ramai graduasi yang tidak ada pekerjaan lalu mereka terlalu banyak masa untuk menghadap internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan kepolitikan.
Saya juga berpendapat ramai lagi rakyat-rakyat lain yang seperti saya, sudah boleh menjangkakan banyak komplikasi buruk yang bakal menjelma kesan tindakan dan keputusan buruk oleh kerajaan yang ada sekarang ini tanpa perlu banyak merujuk kepada sumber-sumber lain di Internet.
Ini adalah kerana kebanyakan tindakan dan keputusan yang dibuat tampak sangat tidak jelas dan kabur, tidak firm, tidak transparent dan yang paling penting, not result-driven. Ianya lebih kepada kepentingan satu-satu pihak sahaja.
Pada sayalah, ekonomi tetap menjadi teras penting dalam kestabilan politik negara.
Percayalah, sekiranya pembangkang di 5 negeri berjaya memberikan nafas baru dalam ekonomi negeri mereka, tidak mustahil mereka akan menumbangkan kerajaan BN dalam Pilihan raya akan datang.
Rakyat hanya mahukan kehidupan yang selesa.
Perlu diingatkan juga bahawa rakyat semakin bijak!
No comments:
Post a Comment