Bagaimana saya dijemput? Biasalah, orang terel macam saya ni (sambil kembang kuncup hidung)
Di sana, saya sangat teruja untuk melihat anak-anak buah Dina (juga seorang 'blogger'), yang akan membuat persembahan Gymrama dan tarian untuk malam itu. Sebenarnya, anak-anak buah Dina akan tampil 5 kali untuk membuat persembahan, bukan sekadar gymrama, tapi juga tarian, mungkin disebabkan kebolehan mereka dalam gymnastic, sungguh mudah agaknya untuk mengajar mereka menari. Memang diorang ni sungguh handal dan saksama kerana pada malam itu sahaja, ada 5 tarian, jadi budak-budak gymnast tu ada 5 koreograf untuk di hapal.
Mampus saya. Kalau saya terlupa, saya goyang2 bontot aje macam Mr. Bean.
Mengenangkan makan malam tersebut, saya tidak makan seharian. Saya tiba di sana pada jam 7.30 malam, dan saya agak kecewa kerana majlis hanya akan bermula jalam lapan lebih. Bilanya nak makan ni? Jalan sana sini, last-last ada accident kat tepi jalan. (Ulasan lanjut, sila lihat blog English saya)
Lebih teruja lagi, apabila melihat buku aturcara, di mana pengacara malam ini ialah Aznil Hj. Nawawi? Wah. Mesti best ni! Tapi agak kecewa kerana apabila majlis dimulakan, orang lain yang menjada pengacara. Bosanlah! Mujur slide show tak berapa lancar jadi bolehlah saya makan dulu. Tak malu betul saya makan. Habis saya makan semua benda yang ada atas pinggan tu. Kesian uncle tu. Meleleh air hidung dia tengok saya telan jellyfish tu. Slurrp!

Memang kezutan apabila saya sedang makan, tiba-tiba kedengaran lagu yang agak biasa kedengaran. Lagu apa yer? Lagu tema rancangan, "Macam Macam Aznil". Rupa-rupanya, aznil sampai juga, tapi lewat sedikit sebab kesesakan lalulintas, Biasalah. Setibanya aznil di sana, dengan muka yang tak tahu malu, Aznil ingin memulakan persembahannya dengan menyanyikan lagu Sheila Majid, Sinaran. Hmm, mentang-mentanglah mengacarakan Akademi Fantasia. Saya rasa, dia lama-lama geram juga tengok orang menyanyi, akhirnya, dia sendiri nak menyanyi. Nasib baik sedap.

Habis sahaja aznil menyanyi, majlis terus dimulakan dengan nyanyian Lagu Pudar, nyanyian asal oleh Rossa, dinyanyikan oleh pelajar bernama Sarah, yang rasanya anak kepada isteri Raja Muda perlis tu, agaknyalah. Kalau tak pun, saya tipu la ni. Hehehehehe..


Yang gemuk berdiri di belakang itu ialah Dina, jurulatih mereka. Tak sangka jurulatih gymnastik gemuk juga. Hehe..
Pada malam itu, gymnast-gymnast kecil ini ada juga membuat persembahan gymrama mereka. Anda pasti akan melopongkan mulut anda dengan kebulatan yang sempurna apabila melihat aksi-aksi melentikkan badan mereka. Aznil pun sungguh tertarik dengan persembahan tersebut sehinggakan saya rasa dia pun tercuit dengan kecomelan dan aksi-aksi bersahaja oleh Sweet. Sweet sekarang ni berada di Bangkok, Thailand menyertai pertandingan Gymrama di sana. Best kan? Umur dia baru 9 tahun. Yang tak bestnya, dia panggil saya Uncle. Tak patuuuuuut!!!

Best best...
No comments:
Post a Comment