Hari ni aku sangat emo.
Bukan Nemo ok..
Apa taknya. Tiap-tiap hari aku terpaksa memendam rasa dengan orang sekeliling. Maksud aku tu dengan orang yang duduk kat uda ni la. Duduk tu bukan la duduk atas kerusi tapi maksudnya menetap la.
Bulan Ramadhan adalah sangat kebulanan yang kemencabaran kesabaranan aku. Walaupun Ramadhan tu hanyalah sekadar nama salah satu daripada bulan yang ada dalam tahun hijrah Islam, Ramadhan adalah nama salah seorang sepupu aku yang pinjam duit tapi belum bayar. Tapi takdela pulak sepupu aku yang nama dia syawal.
Selain dari mencabar keimanan untuk menahan diri daripada makan dan minum sewaktu memandu di waktu panas terik, banyak sangat dugaan yang aku alami sepanjang hari di Bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. Ha korang baca niat puasa tak malam tadi?
Bangun pagi aje dah kena layan traffic jam. Budak-budak pergi sekolah awal giler konon nak balik cepat la pasal puasa kan, tapi banyak jugak aku tengok budak-budak hisap rokok. Kalau makan minum tu ada la maaf lagi kan.
Pastu tengahari pun layan jam lagi pasal budak2 sekolah pagi balik awal. Apa diorang berbuka puasa waktu tengahari ke? Pastu layan jam budak nak masuk sekolah petang pulak. Nature kerja aku pulak membuatkan aku selalu terkena kat tempat-tempat yang jam tu. Kalau jam tu boleh makan dengan roti boleh la jugak.
Bandar Baru Uda, takdela besar sangat tapi boleh dia buat DUA (2) pasar Ramadhan. Giler betul. Dahla pasar dia dekat-dekat pulak tu. Jalan kaki 10 minit dah boleh sampai Pasar Ramadhan satu lagi.
Layan kesesakan lalu lintas lagi. Lalu lintas maksudnya ialah lalu lalang dan melintas jalan. Lalu lalang tu pulak maksud dia lalu dalam lalang. Kalau lalang tu ada duri boleh la pijak duri dia. Boleh merasa duri lalang tembus kat kaki dan berdarah, pastu boleh la melawat doktor dan mintak MC. Esok takyah puasa yahooo!
Lintas pulak ialah sejenis spesis ulat yang macam lintah. Kalau lintah hisap darah, lintas hisap jalan. Kerja dia asyik ulang-alik dari seberang sini ke seberang sana, macam melintas la. Dari situla wujudnya perkataan lintas ni.
Disebabkan ada 2 pasar Ramadhan, baik dok rumah ajela kalau dah pukol 5 petang.
Nasib baik takde budak main Futsal depan rumah, kalau tak masya allah. Cuba korang bayangkan nenek korang sepak bola ke pintu grill rumah korang berkali-kali. Begitulah perasaannya bila budak-budak tu bermain bola. Dia cover pakai pagar besi je... Bodos...
Pastu, dah nak masuk Isyak, diorang bantai main mercun pulak. Korang tau tak asal usul mercun ni. Ah tak payah la cerita..
Mementang la depan rumah aku tu playground, diorang bantai main mercun memekak macam main combat-combat kolonel saunders. siot betul.
Pastu pergi masjid, satu hal pulak lagi.
Tadi lepas semayang tarawih, aku pun keluar. tengok-tengok selipar aku dah takde di tempatnya tapi kat sebelah tempat yang aku letak tu, ada satu selipar yang sama spesis dengan aku punya. Aku pun sarung ajela.
Tiba-tiba ada pakcik tu sound aku.
"Tu selipar tu saya punya tu...."
Lepastu dia siap secure kan semua selipar ahli keluarga dia, macam aku ni nak curi selipar-selipar diorang tu. Agak humuliated la jugak tapi dia memang tak tau cerita so takpelah..
Cari punya carik, ada kat somewhere else, very good condition lagi tapi yang aku tak tahan tu siap basah sandal tu. Aku pun tak basahkan.
Tension aku. Dah la orang ingat aku nak mencuri selipar dia. Sure dalam kereta nanti dia bagitau anak bini dia.
"Kalau abah tak selamatkan selipar-selipar korang tadi, sure hilang. Tadi ada pencuri nak curi selipar abah. Nasib baik abah cepat."
Dah lepas ni kalau jumpa dia kat masjid, dia cap aku pencuri pulak. Siotttt...
No comments:
Post a Comment