March 7, 2006

Jumpa Kawan Lama

Untuk selama 11 tahun saya tak jumpa dengan kawan lama saya ni. Very old friend. Bukan la old yang tua, tapi kawan yang dah lama sangat berkawan. Sejak dari tingkatan 1. Masa tu umur baru 13. Sekarang ni dah 29 tahun. Kiranya dah 16 tahun la kami kenal. 16 tahun tu, kalau ada budak lahir masa tu sekarang sure dah tingkatan 4.

Mahyuzie bin Jenal. Dengar nama pun mesti korang dah agak dah, mamat ni mesti Jowo. Ada ke Zainal tukar jadi Jenal. Mahyuzie tu mana datangnya pula, tak tahu la. Jangan main-main, sejak perkenalan pertama lagi saya dah dapat merasakan yang Mahyuzie ini orang yang agak istimewa. Tapi dia bukan lah tergolong dalam golongan istimewa sebab dia ni sihat walafiat, sempurna sifat.

Kenapa saya kata dia ni istimewa. Dia ni gila. Bukan gila sampai masuk Hospital Tampoi tapi gila yang rasanya semua orang pun akan seronok kalau melihat telatahnya. Sejak dari tingkatan 1, kami sebilik. Dan saya tak sangka yang dia ni seorang olahragawan yang berbakat besar. Dia ni bukan setakat berbakat dalam bidang membuat lawak, di mana dia akan membuat lawak dengan muka bersahaja, dan yang tak seronoknya bila kita buat kelakar, dia akan kata tak kelakar pun.

Dia ada nama gelaran. Mat Sin nama gelaran dia. Sebabnya, muka dia macam sama dengan muka seorang senior ni. Senior ni nama dia Azree bin Mat Sin. Kesian. Orang panggil dia nama bapak aje. Dan yang tak bestnya Mahyuzie ni pulak dapat nama bapak dia. Takde kena mengena langsung. Selalu orang pekena diorang. Panggil Mat Sin, dua-dua akan pandang. Saya pun pernah buat hahahaha..!

Kan saya ada cakap tadi, selain dari bakat lawaknya, dia juga seorang atlit yang baik. Dia boleh berlari pecut, dan salah satu acara yang diceburinya juga ialah lontar peluru. Masa di tingkatan 4, badannya mula sasa kerana beliau sudah mula menceburi bidang angkat berat. Masa tingkatan 5 pula, beliau mengetuai Rumah Laksamana iaitu rumah Biru.

Masa di tingkatan 5 juga dia ada seorang adik angkat. Hana nama dia. Dalam pada masa yang sama, dia juga digossipkan dengan Shikin, salah seorang pelajar kelas kami. Oh yer, saya lupa nak beritahu yang Mahyuzie dan saya berada dalam kelas yang sama sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bila dia digossipkan di dalam kelas, telinga akan naik merah. Marah la tu. Hinggakan cikgu BM kami, iaitu cikgu Ali pun suka mengusik Mat Sin dengan Shikin. Biasalah, dalam kelas tu budak2 seperti Latip dan Jiman adalah 2 orang budak yang tak berhenti2 mengusik orang lain.

Di kala ini saya tersenyum sendirian teringatkan aktiviti saya dengan Mat Sin pada suatu malam di mana kami mengenakan pelajar2 lain yang sedang tido di dormitori kami. Yang paling teruk kena antaranya Eres dan Kerol. Sorry eh korang hehehe..

Tapi sekarang Mat Sin dah lain dah. Tak macam dulu. Sebenarnya selepas sekolah, Mat Sin ada menghubungi saya melalui email. Saya seperti biasa berlawaklah dengannya tapi secara terang-terangan dia menyatakan yang dia sudah berubah. Dapat saya rasakan perubahannya dalam emailnya, yang bernada agak serious dan warak. Tak mengapalah Mat Sin, asalkan kita dapat saling berhubung sudahlah.

Dan Mat Sin juga selalu menghantar email2 yang berbentuk dakwah ke mailing list. Sekurang2nya ada juga orang nak mengaktifkan mailing list itu. Sehinggalah pada Hari Khamis yang lepas, dia menelefon saya, ajak berjumpa di McDonald Carrefour.

Saya tak sempat nak jumpa dia di sana. Kena pulak cari dia dia kedai2 kereta terpakai di sekeliling taman Molek tu. Akhirnya bertemu juga.

Mat Sin pakai ketayap warna coklat ek. Raihan la konon. Tapi badan dia macam dah kecik sikit. Dulu rasanya dia macam tinggi sebab ketinggian saya dah tak bertambah sebenarnya selepas tingkatan 4. (Antara sebab saya ni agak pendek, hanya 173 cm)

Saya sungguh gembira lalu memeluknya. Badan pun dah tak sepejal dulu. Saya masih ingat kali terakhir saya memeluk beliau ialah semasa kami nak meninggalkan sekolah selepas peperiksaan SPM. Masa tu terasa macam peluk lembu. Sewaktu mengambil keputusan, saya tak tunggu lama sangat sebab saya agak kecewa dengan keputusan saya pada masa itu, jadi tak sempat pun nak jumpa dengan Mat Sin.

Lepas ni, kami merancang untuk bertemu semula pada 15 April nanti, pada masa Rahaizad Jabar kahwin. Ramai tu yang nak turun sekali.

Mungkin lepas ni rasa macam nak pegi Batu Pahat selalu. Best pulak bila dah tau ada geng. Takla dekat sangat tapi macam best jugakla kan...

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing