Memandangkan masa yang agak terluang dan kebetulan memang akan berada di JB pada masa tersebut, saya memberikan jawapan 'YA'. Sebenarnya, Fara no 'H' ingin meminta saya menemaninya ke Singapura, untuk menyaksikan MTV Fashionably Loud yang akan di sertai oleh kumpulan the Placebo. Tapi siapa sebenarnya Placebo? Saya pun sebenarnya tak begitu pasti, yang pastinya, saya pernah mendengar namanya, tapi lagu2nya tidak pernah pula kedengaran. Sila rujuk di sini berkenaan Placebo.
Bagaimana agaknya pertunjukan fesyen yang diiringi oleh kumpulan rock? Ini adalah sesuatu yang menarik. Sebetulnya, pertunjukan fesyen akan hanya diiringi dengan muzik2 yang dimainkan oleh DJ atau pun hanya 'minus one'. Tapi belum pernah lagilah, pertunjukan fesyen diiringi muzik dangdut atau rebana ubi? Eh ke dah ada? TU idea baru juga tu..!
Kagum dengan kesungguhan dan kegigihan Fara yang sebenarnya seorang insan yang sangat teristimewa, yang hanya berkerusi roda untuk memenuhi impiannya menyaksikan Placebo beraksi, saya berasa sungguh teruja. Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju!
Dari Johor Bahru, kami menaiki teksi untuk memasuki singapura. Singapura tu bukanlah sebuah lubang yang boleh dimasuki, tetapi sebenarnya ia adalah sebuah negara. Maaflah yer lawak yang tak sesuai dengan masanya. Tambangnya, masya-Allah, 40 dollar singapura, bersamaan dengan RM88 duit kita. Mahalnya nak mampus, tapi tak mengapalah. Keselesaan Fara adalah lebih penting dari segala-galanya. Jika saya berseorangan sahaja, sudah tentu saya naik bas sahaja. Kemudian naik MRT. Ke Orchard Road pergi balik belum tentu habis 10 dollar singapura.
Pakcik pemandu tu pun baik. Terpaksalah baik sebab kami akan bayar dia 40 dollar singapura. Banyak tu. Macam2 jugalah yang dia sembangkan dengan kami. Termasuklah kebimbangan tentang pembinaan Jambatan baru yang akan menggantikan Tambak Johor itu. Tahu tak apa yang dibimbangkannya? Kena bayar TOL lebih. Hahahaha! Siapalah punya propaganda itu!
Kalau saya ni pemimpin kerajaan Malaysia, dah tentu saya bagi percuma sahaja. Sebabnya, selepas pembukaan jambatan itu, air Tambak Johor sudah mengalir, dan kapal juga boleh lalu di bawahnya. Kapal2 dah tentu tak singgah di Singapura lagi. Mereka hanya akan singgah di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) atau Pelabuhan Pasir Gudang sahaja. Untung wa cakap lu!!! Singapura sure bangkrap lepas tu!
Tapi singapura tetap bijak. Mereka terus berusaha untuk mengekalkan keindahan negaranya, termasuklah lebih mmeberikan warna kebudayaan untuk terus memajukan industri pelancongan, termasuk perkara-perkara yang tak mampu dilakukan oleh Malaysia. Mereka dah terlalu jauh di hadapan. Seperti mana yang kita boleh saksikan, sebaik sahaja tayar kereta anda mencecah jalan raya singapura, sudah terasa seperti di suatu negara yang bukan bercuaca iklim khatulistiwa seperti kita. Terasa Singapura lebih sejuk dari KL. Kenapa? Pergilah tengok sendiri. Malas nak tulis. Asyik melencong aje. Cerita sebenarnya tak masuk pun lagi.

Saya dengan perlahan menolak kerusi roda Fara di celah2 orang ramai. Saya sungguh terperanjat melihatkan mereka semua memberi kerjasama yang baik kepada kami untuk melalui lautan orang ramai yang beratur itu. Sungguh tak disangka. Kalau di Malaysia, rasanya mereka tak akan memberi layanan sebaik itu. Hinggakan kami terlanggar kaki mereka pun, mereka yang minta maaf. Sungguh baik hati ok!

Fara telah dibantu oleh Noorain sendiri untuk masuk ke dalam. Saya sungguh gembira kerana saya telah membantu Fara mencapai impiannya untuk menghadiri acara tersebut. Fara telah diberikan tempat yang baik dan selamat untuk menonton acara tersebut. Saya telah mengambil gambar lampu merah itu. Hehe.


Secara keseluruhannya, persembahan mereka agak menarik kerana lagu2 yang dimainkan sejajar dengan fesyen yang ditonjolkan setiap kali model-model tersebut berjalan keluar menggayakan fesyen yang direka.
Masa nak balik? Ya allah. Tunggu teksi lebih lama dari menonton pertunjukan. Keluar jam 9, nak dekat jam 11 baru dapat teksi. Itu pun kami ke Queen Street dahulu, untuk mendapatkan teksi ke Johor Bahru, di mana tambangnya agak murah sedikit, RM35 terus ke Hotel Century di mana Fara dan ibunya menginap.
Bila terkenangkan Fara, saya rasa sungguh bangga kerana dia seorang yang kuat semangat dan tak pernah rasa seperti dia kekurangan apa-apa. Seronok juga berbual dengan Fara sebab citarasa muzik kami agak sama, iaitu sesuatu yang berlainan, non mainstream. Dia pun minat carcass macam saya.
Ibunya berterima kasih yang amat sangat kerana saya menemani Fara ke singapura. Dia dah balik ke KL pun.
Memang sepatutnya orang2 kurang upaya mendapat layanan yang sewajarnya dari masyarakat. Saya gembira kerana Fara tidak pernah mendapat layanan yang teruk daripada orang lain. Fara bukan setakat membuktikan yang dia mampu melakukan apa yang orang biasa boleh buat, malah dia boleh melakukan sesuatu yang orang biasa seperti saya ini tak boleh buat. Saya amat kagum dengan semangatnya.
Di kaca TV sekarang ini, Sukan Komanwel sedang giat berlangsung. Serentak berlangsung ialah acara untuk orang2 kurang upaya. Saya sungguh seronok menonton pertandingan angkat berat pagi tadi. Besar betul tangan mereka.
Besar sebab mereka juga yakin mereka boleh menakluk dunia suatu hari nanti....
No comments:
Post a Comment