March 14, 2007

Adakah saya seorang yang hina?

Saya sudah penat menjadi seorang yang keji. Saya sudah beberapa kali menjadi seorang yang maha keji sejak saya lahir. Nasib baik saya belum jadi babi. Saya boleh menjadi babi jika saya mahu tapi sudah tentu babi tidak suka saya menjadi babi sebab sure dia takleh cari makan punya lepas ni. Tapi saya takleh bayangkan saya dihina dengan keji. Sioooooooot!

Saya juga cuba menjadi monyet. Saya suka panggil adik saya si Farah itu monyet. Keji tak? Keji tak? Tapi memang best kalau perempuan semua macam monyet. Ada je idea gua nak usik orang yang dipanggil monyet. Melintas jalan beramai-ramai macam monyet pun boleh. Buat bunyik monyet pun boleh. Menggaru2 kepala macam monyet pun boleh. Saya ni memang keji dan berbakat dalam hal-hal membuli orang atau monyet. Jika ada yang lebih power, sila tunjuk ajar.

Sebenarnya, bagus jadi monyet ni korang tau tak? Sebab2nya;

1. Monyet kuat sex. Anggaran 100x sehari. Bawah kereta pun jadik. Keji giler.
2. Kalau takut aje dia panjat pokok. Kalau dia nampak babi pun dia lari panjat pokok. Takyah susah-susah beli rumah, perabot dan pasang astro. Kalau nak tengok citer blue, tengok aje monyet2 lain main. LIVE!
3. Takyah susah2 nak pakai baju. Takyah bagi duit beli kasut atau baju. Nak main pun senang.
4. Nak makan, langgar aje kebun orang kampung. Lumayan. Kalau untung boleh dapat ubi. Nak lagi untung boleh dapat pisang. Takde pisang, nenas pun berguna! Takde nenas, serai aku pun dia belasah!!! Habis serai aku! Keji ahhhh!!!! Tolong...!
5. Anak seratus pun takpe. Sebab tak payah pegi sekolah. So takyah beli baju sekolah, buku sekolah dan takyah bayar tambang bas/van atau buku sekolah.
6. Tak payah kerja. Hehehe. Nak main anytime. Tido pun anytime.

Gue dah malas fikir apa nak tulis lagi. Reason2 dia merapu2 aje.

Sebab apa saya telah dihina dengan kejinya ala-ala cipan gitu? Sebab saya telah terkena dengan kawan saya. Siot punya kawan perempuan. Kentut bau air battery + jus markisa + telur orang utan!

Sebabnya, masa tu dia sedang sakit perut nak berak. Sebagai seorang wanita melayu yang control ayu tapi tak jelita langsung dan memakai tudung, surelah dia control giler sambil memberitahu saya semasa di kedai buku itu yang dia nak balik sekarang tanpa memberitahu apakah yang sebenarnya going on. Tapi bila tengok dia pegang2 perut tu, hari nurani saya yang mulia, murni dan suci bersih itu telah dapat mengagak yang wanita keji itu mahu ke tandas, whether period pain or to berak!

Sebagai seorang manusia yang adil dan saksama tetapi pada masa yang sama kejam dan keji serta bersahabat dengan tenggiling, saya pun berlari2 untuk cepat ke tandas demi menjaga hati, jiwa dan perasaan gadis yang nak berak itu. Dia punyalah berjalan dengan perlahannya sambil berkata dengan controlnya,

"pelan-pelan la sikit, tau la nak berak".

Aik, sape yang nak berak ni? Punyala saya berlari dan tunggu dia berjalan slow2 dalam lift, kononnya nak cepat la ni. Tenggiling pun kalah dengan kelajuan saya. Bleh dia cakap macam tu? Kami pun masuk ke dalam lift. Tapi aku pun pelik, apsal awek aje semua dalam lift tu. Rezeki la ni kot..! Hahahahahaha...!

Tiba2 ada bunyik angin macam bunyik angin keluar dari belon yang tengah deflate, yang sungguh kuat memecah kebuntuan lift! Pret!

Sah! Dia kentut. Tapi yang hinanya...

"Patutla lari2 nak masuk lift. Nak kentut rupanya mamat ni. Muka je hemsem", kata seekor gajah kat dalam lift tu. Siot!

Aku pulak yang kena tuduh. Awek2 lain yang ada antaranya agak cun, ada jugak yang gemuk macam gajah, semua tengok aku sambil tutup hidung dengan jari. Gajah itu adalah awek yang gemok macam gajah itulah.

Pastinya aku merasa sungguh si*l sekali. Babi pun tak pernah kena hina macam ni. Adakah saya patut mendedahkan perkara yang sebenarnya? Saya belum sekeji itu lagi.

Awek keji yang kentut itu berjalan keluar lift buat muka tak tau, sambil meninggalkan satu lagi bau kentut di dalam lift yang penuh dengan orang dan gajah seekor. Gajah tu keji sebab muka dia sebijik macam muka gajah tercekik tebu masa saya nak keluar dari lift itu. Nasib baik babi baru tercekik bijik nangka. Teruk jugak tu.

Semua orang pekup hidung sambil buat muka orang jepun tertelan bijik durian sambil pandang kat gua.

Tak puas hati beb. Takpe kau. Aku ingat!!!!

* She's not my girlfriend lah. Awek ini adalah seorang kakak kerani yang jaga tender di sebuah govt. department. I took her our for lunch. So actually guys, every girls deserved to be called awek. Even though she's as old as 49, like this kakak. So it's just another story I'm sharing, for you to laugh at it. Ok?

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing