March 9, 2007

JB hari ini..

Saya bangun agak lewat hari ni. Memang lewat sangatlah. Sebabnya, saya rasa badan saya sakit-sakit. Sakit apa tak tau lah saya. Tapi memang sakit lah. Kalau nak tolehkan kepala ke kanan rasa macam nak putus urat kat tengkuk tu. Tapi sebenarnya taklah sakit sangat, tapi kesakitan tengkuk tu membuatkan saya jadi malas nak bangun sehinggalah saya lihat jam dah pukul 9.30.

Mandi, pegi bank, jumpa mechanic, pegi bank dan akhirnya nak pegi ke Landmark Mall. Nak ambil laptop adik saya yang rosak tapi tidak boleh diperbaiki lagi. On the way ke sana, alamak jammed pulak. Bosan. Polis ada kat depan tahan semua kereta daripada masuk ke jalan besar sebab nampaknya macam ada perarakan.

"Bang, apsal takleh lalu bang, saya nak berak ni, tak tahan dah ni, tolong bang...", saya cuba mengacah abang polis itu.

"Aahh engkau, ada-ada aje. Berak la kat tepi jalan tu," jawab abang polis.

"Terima kasih bang" lalu saya keluar kereta dan berjalan ke arah bawah pokok sambil bukak seluar.

Ko percaya ke?

Ridiculous siot! Dah sah-sah aku membohong. Takkanla aku nak berak tepi jalan kot? Anyway, tak lama lepas tu, kereta2 semua dah macam nak merusuh melepasi sekatan jalan polis. Saya berada di depan sekali dengan ke-empat-empat tingkap saya terbuka luas. Takut kantoi cermin gelap.

Tiba-tiba polis2 start motor dan blah. Apa lagi saya pun memecut laju menaiki Landmark Mall. Sampai di atas, saya terus turun ke bawah untuk melihat perarakan tersebut. Dapatlah saya ambil gambar dengan handphone N73 saya itew.


Mamat berbaju biru :: Makcik ni nampak cun aaa.. Boleh berkenalan tak?
Makcik itu :: Hish geli la mamat ni.
Mamat Berbaju putih :: Jangan berebut-rebut. Jangan memotong garisan...


Mamat A (Berbaju merah kuning) :: Manala budak-budak naga ni. Apsal diorang ni asyik hilang aje. Taula aku pakai jersi selangor. Takkan takut kot???


Budak-budak bawak naga :: Lari-lari. Ada orang cari kita....


Mamat terkiri :: Panasnya. Menyesal join mende alah ni. Tido lagi bagus.
Mamat tengah :: Sayalah Polis Angkasa Gaban. Sila beri tunjuk ajar..
Mamat kanan :: Mesti aku hensem. Kalau tak takkan abang izham ambil gambar aku...!


Pakcik yang di depan tu kelihatan berjalan dengan sangat lajunya. Mungkin dia dah terkucil sedikit atau terkincit. Saya tidak sempat mengambil gambarnya dari belakang.


Minah kat kiri :: Sedang head banging mengikut rentak gendang
Minah kat tengah :: Definitely sakit perut. Possibilities ; period pain, nak kentut, nak kencing atau nak berak.
Mamat kat kanan :: Saya sedang menghensemkan diri, sila ambil gambar.
2 ekor singa di belakang :: Kami lapar!


Singa kiri :: Aku nampak buah oren
Singa kanan :: Aku nampak kamera. Eh kamera ke handphone eh? Ah lantak lah! Aku tak kira aku nak juga!


Singa itu sedang dalam perjalanannya memakan handphone saya. Sebab itulah penggambaran saya tamat di situ sahaja.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

BOB.

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing