Alasan?
Entah la ek. Maybe dia seorang janda gigih yang rajin berusaha. Tambah pulak ada anak-anak dan anak-anak sedara (sayalah tu) yang macho, gagah, dan disenangi ramai (saya jugak tu).
Adik-beradik gua dengan sepupu-sepupu gua semuanya kaki takbir malam raya. Kalau tade kitorang sahlah hambar jadinya malam raya itu. Dan kami antara yang boleh harap kat kampung tu. Budak2 lain biasalah, rosak dengan arak, dadah dan sex bebas. Tak sangka budak-budak kampung dahsyat jugak.
Tapi tak semua budak kampung macam tu. Ada yang okay. Ada yang memang boleh harap punya. Cuma gua tak faham, sekampung, separti tapi puak lain2? Ada puak belah hulu dan belah hilir. Dan yang paling pelik sekali, orang yang nak pecah-pecahkan orang kampung ialah ketua UMNO sendiri.
Gua sangat sedih. Sebagai ahli dan penyokong kuat UMNO yang berdaftar dengan UMNO dan SPR, gua rasa, baik takyah masuk UMNO la korang. Buat parti sendiri aje macam ni. Dan gua tak faham, apsal korang kena berkempen kat tempat yang memang semua orang sokong BN. Kalau ada pun yang sokong pembangkang, diorang tak berani undi pembangkang punya sebab nanti confirm bantuan kena tarik. Kertas undi kan nanti ada nombor siri. So lu undi siapa sure diorang tau punya.
Dan dah tentu menang kan? Buat apa nak kempen? Gua memang rasa kempen di tempat yang memang dah semua orang sokong BN adalah buang masa dan merugikan. Sebab apa?
1. Masa ni, orang berpecah kepada click2. Padahal sebelum semua okay aje. Yang ketua, pegi jilat bontot ketua. Yang tidak, buat kerja sendiri. Tak pun, buat click sendiri. Nanti ada click babi, tenggiling, cipan dan sebagainya.
2. Kalau ada orang luar yang datang membantu, pun buat click sendiri, tak join orang tempatan. Orang tempatan ni macam jijik je nampaknya. Diorang tu maknusia jugak, bukannya cicak.
3. Dok berebut duit kempen dan budget. Cukup ke duit nak pasang poster RM1000 je sekampung. Duit tu sure Ketua UMNO dah sapu dulu. Pastu ikut budi bicara dia je berapa nak bagi kan? Kesian tenggiling tak dapat duit.
4. Pasal rumah nak buat bilik gerakan pun nak gaduh. UMNO Melaka minat nak buat rumah yang bapak gua dirikan kat situ untuk dijadikan bilik gerakan. Ada pulak sorang kutu ni cakap, UMNO selangor lebih berminat dengan rumah dia. Tu yang gua tak minat tu. Apa kena mengena Selangor dalam pilihanraya kat Melaka? Gua tau la Selangor bapak angkat UMNO negeri Melaka. Susah tau. Bila melibatkan duit ni.
5. Orang kampung dah mula pecah belah. Tak tegur la apa la. Sepupu gua yang lagi satu tu pun dah tak jejak rumah. Apahal ni? Gua bayar gaji lu suruh tanam serai lu buat keja lain.
Lu olang lihatlah penangan politik kat orang kampung. Gua agak kecewa. Matlamat untuk BN menang memang confirm tercapai. Tapi orang kampung pulak yang pecah-belah dan kecewa dalam diam. Diorang tahu duit banyak keluar. Tapi duit tu tak sampai pun kat diorang. Satu pilihanraya kecil budget banyak jugak tu.


Pastu ada pulak yang bukak rumah lain untuk aktiviti kepolitikan seperti untuk pasang poster, bagi makan kat orang ramai. Yang si ketua pun datang tak pernahnya nak hulur apa2 pn. Dia kan dah dapat duit daripada pihak atas. Takpun, sebagai ketua, keluar la duit sikit. Beli milo ke, bawak kuih ke bila datang bilik gerakan. Ni tidak. Buat kotor keter gua aje pegang-pegang belek keter gua yang cun tu.

Banyak sangat hipocracy dalam kehidupan ni. Gua rasa, cukuplah lampu2 yang sedia ada. Logikla sikit. Orang kampung pun tau. Mementangla orang kampung gua tu tak terkenal. Sebut Kemuning tak tau. Sebut Gadek ke, Hutan Percha ke, tau pulak. Siot je.
Baru satu bangsa tu. Cemana la Malaysia nak maju macam ni.
Walau cemana pun, gua tetap UMNO yang sungguh BN. Kalau gua cine, gua MCA. Kalau India gua MIC. Jangan lupa sejarah beb yang sungguh perikatan itu. Masa itu babi masih belum glamour macam gilmore girls.
Majulah rakyat untuk membeli BMW.
No comments:
Post a Comment