December 1, 2005

Balik ke JB

Seksa sungguh nak balik ke JB. Isnin yang lepas, aku bangun pagi sambil menyedari yang kanta lekapku masih lagi melekap di anak mata. Aduh, sungguh herot berot pandanganku waktu itu. Aku sangsi adakah mataku akan merah seperti biasa sekiranya kanta lekap ku tidak dibuka seperti ini.

Ku jengah cermin muka, ku lihat sedalam-dalamnya ke dalam anak mataku. Mata putihku sungguh merah, menyala bagaikan marah. Terasa juga kepedihan yang menusuk ke pangkal mata. Otakku terasa berat, walaubagaimanapun, aku mesti terus pulang ke JB hari ini juga.

Pagi2 lagi aku sudah bertandang ke Klinik 24 jam di Senawang itu. Aku ingin membeli ubat sahaja tapi nampaknya mereka mahu aku bertemu doktor juga. Lambatlah kalau begitu. Aku menunggu, tapi setelah agak lama, barulah pekerja itu menanyakan aku adakah aku ingin pergi bekerja.

Sudah tentu aku mengiyakan sahaja sambil mengatakan yang aku ingin memandu pulang ke JB. Lalu mereka bertanyakan ubat apa yang aku ingin beli. Aku terus menyebut Dextracin, ubat yang selalunya mujarab untuk menghilangkan kemerahan di mataku itu.

Malangnya, Dextracin tiada dalam stock mereka. Ahh kecewanya. Ada ubat Neo Deca, tapi aku memilih untuk menggunakan Nicol. Lalu kuteruskan memandu ke JB.

Sebaik jam berdetik ke waktu 7.15 pagi, aku terus memasuki lebuhraya. Baru beberapa detik perjalanan, kepedihan di mataku mula menyengat. Aku langsung tidak dapat membuka mataku. Aku lebih banyak memejamkan mata dari membuka mata. Aku singgah di perhentian Pedas/Linggi. Aku titiskan ubat tersebut ke dalam mata dan menghalakan mataku ke arah penghawa dingin. Terasa agak lega, dan aku cuba meneruskan perjalananku.

Namun masih begitu keadaannya. Aku berhenti beberapa kali kerana mataku tidak dapat menahan kecerahan kekuatan pancaran ultra-V dari sinar matahari. Begitu juga dengan melihat skrin komputer. Namun hari itu, langit sungguh cerahm tidak mendung seperti biasa. Kereta yangku pandu merangkak-rangkak, terhoyong-hayang kerana aku tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pemanduanku.

Namun, setelah hampir 3 jam setengah berada di atas lebuhraya, lebih kurang jam 10.45, aku tiba juga akhirnya ke rumahku. Akan tetapi keadaanku pada waktu itu sangatlah teruk. Aku tidak mampu melakukan apa-apa melainkan berbaring di katilku sambil menahan kepedihan yang melanda mataku. Emak sungguh kasihan melihatkan keadaanku yang sebegitu rupa. Abah pula asyik menelefon bertanyakan adakah aku sudah membawa ibuku ke bank, dan segala macam urusan yang rasanya tidak termampu aku lakukan hari itu. Namun aku gagahkan jua diri untuk membawa emak ke bank untuk mengeluarkan wangnya. Selepas itu, aku ke klinik, mendapatkan ubat dan terus balik ke rumah, terlantar sehingga ke tengah malam. Dalam sakit-sakit mata itu, ramai yang menelefon untuk bercakap dengan aku. Walaupun gembira, aku gusar sekiranya aku tidak dapat bercakap dengan baik kerana kesakitan yang aku alami.

Apabila bangkit, mata ku agak redanya merahnya, namun aku teruskan juga menggunakan ubat mata tersebut.

Bangkit sahaja di hari Selasa, mata ku sudah pulih. Namun aku masih tidak berani untuk menggunakan kanta lekap. Mata kiriku masih terasa pedihnya. Mungkin ada luka akibat terlalu kering. Doktor mengesahkan mata ku terkena konjunktivitis.

Hari Selasa aku keluar lagi. Aku pergi membuat bil untuk kayu dan pergi membuat akaun bank untuk syarikatku. Rasanya hari Jumaat barulah siap akaun itu. Emak dengan Abah akan balik ke Seremban dengan memandu kereta aku. Abah suruh aku pandu kereta volkswagon itu ke Seremban.

Mesti mencabar! AKu ingat lagi, kali terakhir aku pandu kereta tu jauh2, ialah pada waktu aku baru sahaja membeli kereta itu dari seorang guru di Batu Pahat. Aku beli volkswagon tersebut dengan harga RM4000. Murah sangat harganya, tapi keadaan kereta pun agak teruk. Yang agak menakjubkan, enjinnya masih sangat elok. Boleh dipandu laju di atas lebuhraya.

Ambil sahaja, terus hantar ke bengkel untuk kerja-kerja pembaik-pulihan. Malangnya, selepas keluar dari bengkel, kereta itu semakin tak seronok untuk dipandu. Ada tanda-tanda seperti enjinnya mahu mati setiap kali aku menekan pedal minyaknya. Tapi syukur, kereta itu masih mahu bergerak, dan akhrinya sampai juga kereta itu dari JB ke KL.

Sepanjang perjalanan yang aku rasakan sangat panjang itu, banyak kereta yang memberikan sokongan padu kepada aku dengan membunyikan hon, mengangkat tangan dan melambai-lambai ke arah ku. Apa taknya, aku hanya memandu dengan kelajuan lebih kurang 50-60 kilometer sejam, kalau ditekan lagi, nescaya enjinnya akan tersengguk-sengguk lalu mati.

Bayangkan lah, betapa lamanya aku memandu pada waktu itu, dan cuaca sangat panas.

Air cond pun takde.

Yang paling seronok, bila dah sampai di Serdang, aku terus meletakkan kereta ku di sana. Tak berani aku nak pandu pulang ke Subang, bimbang tersangkut di mana-mana. Fiza pada waktu itu kelihatan sungguh teruja melihat kereta burukku itu.

Walaupun buruk, buruk sangatlah, memang buruk giler tak tau nak cakap macam mana, tapi yang penting Fiza suka naik kereta aku pergi jalan-jalan dekat Putrajaya/Cyberjaya. Aku rasa happy bila dia suka, tah aku rasa macam best gila pulak dia bila dia suka naik kereta buruk aku tu.

Dan antara jasanya yang tak aku lupakan, kereta tu sempat la hantar adik Fiza, si Azam naik kapalterbang kat KLIA. Hahaha.. Kelakar jugak tu. Masa nak pergi tu kereta aku tersengguk-sengguk. Aku hanya buat-buat macho, pasal masa tu konon aku tengah marah dekat adik Fiza, so aku terus aje pandu kereta aku ke KLIA. Nasib baik masa perjalanan balik tu, semuanya berjalan lancar.

Jadinya sekarang ni, kereta pun dah jauh lebih cantik dari dulu. Jauh sangat bezanya. Belanja nak membaik-pulih kereta ni aje dah makan beriban-riban duit. Nak pulak semalam, lepas hantar adik aku balik dari sekolah, aku pegi hantar ke kedai aksesori kereta untuk pasang Pemain Cakera Padat yang boleh main MP# dengan WMA sekali. Wah ini sudah lebey dari kereta aku. Cuma yang kereta aku menang, aku ada 2 amplifier, dengan 2 subwoofer besar.

Di sini ada sedikit gambar. Semua-semua ni, habis RM1000. Sebijik pemain cakera padat pioneer yang boleh main CD Audio, MP3 and WMA, Dua biji speaker belakang siap dengan tweeter, dua biji speaker depan, siap dengan kotak yang dibuat khas untuk digantung di dalam kereta, dua biji tweeter dan pendawaian lengkap satu kereta. Memang kena pau habis cina kedai aksesori tu. Tapi puanyalah baik hai, dia siap bagi hadiah kat aku lagi.

Tengok la player tu. Sikit punya padan dengan pemuka volkswagon yang penuh dengan krom punya barang-barang tu.

Pembesar suara dia siap dibungkus dengan kain yang menyerupai kulit harimau bintang.

Besok, hari terakhir adik aku mengambil peperiksaan. Sejurus habis aje periksanya, aku akan terus memandu pulang ke Seremban.

Pastinya satu perjalanan yang sungguh mancabar! Aku pun tak pasti boleh sampai ke tidak kereta tu ke Seremban!

Aku akan ambil gambar sepanjang perjalanan!

-Izham-

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing