December 24, 2005

Jalan2 ke Jerantut

Jerantut. Kelakar pulak bila disebut. Macam bunyi kentut aje. Jerantut, jekentut. Sebenarnya Jerantut ni terletak di dalam negeri Pahang. Dulu Bapak aku, mak aku dan aku pernah duduk di Jerantut, masa tu aku kecik giler lagi. Aku ingat air liur pun dok meleleh lagi. Kencing pun belasah dalam seluar je kot.

Tapi bila sebut Pahang aje, aku dah terbayangkan muka orang2 asli tapi omen tak macam orang asli pun. Ter ada la sikit macam orang asli. Takla macam orang asli sangat pasal orang asli biasanya kurus cengkiak, tapi ter badan dah macam tong, boroi habis. Jadinya, ter memang dah tak layak nak jadi orang asli secara automatik. Eh Tina Zuriana pun orang Pahang ek, lagi la tak macam orang asli.

Bapak aku punyala lama dia plan nak pegi Jerantut. Semuanya bermula bila pada masa adik aku kawin 4 Disember yang lepas, Pakcik Rosdi yang aku hanya kenal ikut gambar aje datang ke majlis perkahwinan adik aku. Buat pengetahuan korang Pakcik Rosdi ni lah yang dulu-dulu suka dukung aku masa kekecik. Suka peluk cium aku, agaknya taik aku pun dia tercium sekali, maklumlah masa kecik2 dulu, berak dalam seluar ni kira hobila jugak.

Pakcik Rosdi ni masa aku kekecik dulu, punya la macho. Misai dia gila tebal. Dan aku dapat rasakan yang dia sangat sayang dan rindu sama aku masa dia jumpa aku di majlis perkahwinan adik aku tu. Dipeluknya aku, diciumnya, dan diajaknya ambil gambar bersama. Dah tentunya aku rasa agak terharu, tapi takla sampai menangis cuma terasa sikit kat dalam hati aku ni, yang dalam dunia ni, ramai yang kenal dan sayang aku walaupun tak pernah berjumpa.

Dalam perjalanan tu aku tidur aje. Tidur2 ayam la kot. Tapi tak berkokok pun. Cuma tidur2 yang macam ayam tu sebab kepala aku asyik terpatuk-patuk ke riba aku sendiri. Sampai aje di Jerantut, aku terdengar bapak aku cakap dengan pakcik rosdi melalui hensetnya. Pastu pakcik Rosdi jemput kitorang kat stesen minyak. Terus aje kitorang pegi tempat nak nikah. Tapi nak dijadikan pasalnya, orang yang nak bernikah tu tak sampai lagi. Jadinya aku pun ambik gambar seperti di bawah.


Aku dah tentu la yang muka nerd tu. Aku punya contact lens dah rosak so terpaksalah aku menyeksa diri memakai cermin mata. Dahla panas. Memang nampak nerd. Pakcik Rosdi cakap aku masa kekecik macam jepun. Makcik yang hujung tu pun cakap aku pun nampak macam jepun sekarang ni? Yeke? Jepun taik kucing lah. Sebelah aku ialah Pakcik Rosdi. Kuat betulla dia tu isap rokok. Tak berenti-renti.

Sampai-sampai aje kat rumah orang kawin tu, keluarga aku seumpama selebriti. Semua orang dok tengok kat kitorang. Sorang-sorang sanak saudara Pakcik Rosdi keluar. Soalan yang sama bila ternampak aku, "Ni Zam ke?". Ada jugak seorang nenek ni yang terus memeluk cium aku bila ternampak aku. Rindu sangat agaknya. Dulu-dulu, kalau diikutkan ceritanya, aku ni macam buah hati semua orang. Semua orang suka dukung dan manjakan aku (heheheh.. bangga bangga), dan itu jugak menjelaskan kenapa sampai ke besar aku masih nak duduk dengan mak aku. Hahaha.. Pendekkan citer, semua orang peluk aku, dan kenal aku, walaupun aku tak kenal diorang.

Inilah rupanya kenduri tu. Ada orang lari-lari pulak. Aku ingat dia kena kejar dengan kerbau la. Oh yer, masak2 di rumah kenduri tu banyak menggunakan daging kerbau. Bukan Mail Kobau tu, tapi kerbau bebetul la. Kerbau tu sebenarnya nampak aje macho, tapi bila dia berbunyik, sure korang nak tergelak, bunyik dia "Nguak Nguak". Giler tak macho! Muka aje macho. Teringat pulak aku kat ada satu mamat india yang baru lepas gunting rambut aku 2 minggu lepas. Muka memang giler hemsem, aku ingat kalau berlakon kalah M Rajnikanh tu, tapi bila dia bercakap, tergelak besar aku. Dia pun tanya aku apsal aku tergelak, aku cakap aku geli, padahal aku tergelak dengar suara dia. Bisu punya suara pun lagik macho!

Ni mak aku tengah makan. Mak aku memang cun so jangan banyak tanya. Tu sebelah dia tu ialah Farah yang tengah membosankan diri dia. Hahaha. Farah ni la sumber buli aku kat rumah. Aku takleh hidup tanpa membuli dia walau sehari pun.

Lepas habis makan, kitorang pun pegilah ke rumah Pakcik Rosdi. Oh, tadi tu bukan rumah dia, tapi rumah adik dia rupanya. So kitorang pun pegilah ke rumah Pakcik Rosdi. Walaupun sederhana, aku rasa selesa sebab Makcik Ila (isteri pakcik Rosdi) pandai padankan warna untuk dinding rumah dia. Aku siap tertidor dan siap boleh mandi lagi. Hahaha.. Giler best! Makan goreng pisang pastu balik.

Sebelum balik tu, kitorang pusing-pusing nak tengok rumah lama kitorang dulu. Jadinya, gambar di atas inilah rumah lama kitorang masa duduk di jerantut.

Bestnya kalau aku dah besar masa tu dan boleh ingat semua perkara... Pakcik Rosdi, terima kasih daun keladi, nanti saya datang lagi. :)

2 comments:

Anonymous said...

Lohhh izham. ko dulu duk jerantut rupanya. hanku org jerantut, sesedap rasa ckp jekentut ekkk..cesshh.aku org sg tekam utara.tak tau la hang tau ke tidak sbb hang pindah ke jb masa kecik ekk.

Anonymous said...

Baru aje balik dari Jerantut minggu lepas makan durian, manggis dan panjat pokok rambutan sekali. Macam pegi homestary pulak - maklumle dah hampir 20 tahun tak pernah duduk dan tidur tempat yang sebegini. cun habis rasanye.

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing