Sayugia dikisahkan bahawa di sebuah kampung entah-hape-hape-entah, seluruh rakyatnya sedang bergundah gulana kerana Tok Ketuanya, Pak Rufur sedang bersukacita disebabkan anakanda betinanya, Hadiono atau nama glamournya Diono Rufur yang sedang gering di kamar peraduannya.
Disebabkan terlalu kecewa kerana sudah ribuan tabib dan dukun datang menghulurkan khidmat, gering Diono Rufur tiada juga reda, lalu beliau pun mencanangkan ke sluruh pelosok kampung bahawa sekiranya sesiapa yang datang menawar diri mengubati Diono Rufur dan berjaya, maka dia akan dikahwinkan dengannya, dan sekiranya gagal, maka ke pasunganlah jawabnya.
Maka kedengaranlah berita ke pengetahuan seorang anak muda yang bernama Zamaruk yang sememangnya ahli dalam hal-hal perubatan di seantero kampung itu. Maka terniatlah olehnya untuk menawarkan khidmat bakti di samping, sebenarnya Zamaruk dah lama suka kat Diono, maka bertolaklah Zamaruk ke rumah tok ketua.
Hatta, sampailah Zamaruk ke rumah Pak Rufur lalu dengan tidak segan silu menyatakan hasratnya untuk membantu. Adalah lupa hendak dinyatakan bahawa Diono Rufur juga ada berkawan dengan seorang pemuda kampung tempatan yang bertaraf local dan bendul pulak tu tapi disukai oleh boleh dikatakan seluruh penduduk kampung itu. Diono pun suka tapi malu. Mowo namanya.
Mowo sering berkunjung ke rumah Diono, hatta pukul 6 pagi semata-mata untuk membawa ikan hasil pancingannya, demi kasihnya terhadap sahabatnya itu Diono.
Tanpa menyedari kehadiran Mowo yang agak akrab dengan Diono, Zamaruk merancang untuk terus mengubati Diono. Akan tetapi sugul pula hatinya kerana bahan utama ramuannya tidak ada. Lalu dia memberitahu akan Pak Rufur berkenaan ketiadaan ramuannya dan beliau meminta diri untuk membelinya akan tetapi Mowo tanpa segan silu menawarkan dirinya untuk membelikan bahan itu untuk Zamaruk.
Berpesanlah akan Zamaruk agar Mowo membeli 'GULA'.
Akan tetapi Mowo ini seorang yang suka bercakap perkara2 mengenai dirinya kepada orang ramai. Akan tetapi dia juga 'MUDAH LUPA'. Dia memberitahu kepada semua orang yang Diono Rufur akan diubati oleh Zamaruk. Dia gembira memberitahu perkara itu kepada semua orang. Dia juga mengungkit kisah-kisah lamanya seperti datang ke rumah Diono seawal 6 pagi, berutus SMS sehingga lewat malam dan keluar bersama-sama dengan Diono sepanjang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli GULA.
Setibanya di kedai, seperti biasa dia pun berjalan2 di dalam kedai sambil melihat2 jika ada tikam yang boleh dibelinya. Dia sebenarnya sudah lupa apa yang sepatutnya dibeli kerana asyik bermain tikam sehingga duit yang banyak dibekalkan tinggal hanya 20 sen.
Teringatkan Diono, dia segera mencari apa yang hendak dibelikannya tapi dia sudah terlupa apa yang sepatutnya di beli. Dia ternampak GULA tapi di situ juga tertulis GULA TAKDE STOCK, jadi dia terfikir akan, tidak mungkin GULA yang Zamaruk mahukan, lalu dia bertanyakan pakcik kedai,
Mowo: Pakcik, apa ni ada tak.. apa ni. gu... gu.. gu.. apa gu apa tu.. ala.. gu..
Pakcik: Kau nak apa ni Mowo. Kau nak guli yer? Guli 20sen sebijik.
Mowo: Kepala hotakkkk... eh.. Eloklah tu. Saya pun ada 20 sen aje.
Lalu Mowo pun terlupa lagi dan berlalu sambil bermain guli dan pergi menggoda perempuan lain dengan gulinya itu. Walhal, Zamaruk sedang menanti di rumah dengan penuh kesabaran... takut kena hukum bunuh...
Kesimpulannya :: Mana perginya gula? -- Kementerian bingung sebab bekalan terputus di beberapa negeri.
* Jimatkan penggunaan gula. Kena kencing manis nanti. Lagipun buat apa nak buat saudagar gula tu kaya gila!
7 comments:
can this mawi thing stop already? aiyoh so tired reading of him merata malaysia.
it's not about him la if you read properly dear..
hahahahhaa.... this is so original!
i knoe i knoe its bout those gula thingy, but he is featured!! udah2 la tu abg izham... boring aaa citer pasal diaaa
hahahahaha..
Eejay,
it's for the hate of MAWI la..
azq.. original kan? hehe..
mari hahaha together gether.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
i knowwwwww but even for d hate, it's like.... ahhh... wuteverlahhh
Post a Comment