Dah masuk malam ke 5 semayang tarawikh. Malam pertama ramai sungguh orang. Kat Masjid Bandar Baru Uda tu berduyun2 orang yang datang untuk sembahyang tarawikh. Tapi yang tak bestnya bebudak kecik yang sembahyang kat saf belakang tu suka memekak, sampaikan aku nak solat pun susah. Masjid tu macam playground pulak, gurau2, terpekik terlolong, tarik sana sini, berlari-lari... heh pening aku menengok kan diorang tu ..
So macam biasa, kebanyakan jemaah hanya menunaikan 8 rakaat aje, termasukla yang tukang tulis ni. Aku memang sejak masuk sekolah menengah, aku sekolah kat asrama, so memang solat tarawikh 8 rakaat aje. Dah terbawak-bawak sampai sekarang. Nak buat sampai 20 memang mintak maaf la. Pernah gak aku buat sampai 20 rakaat, tapi balik rumah terus terbongkang. Tak menahan tumit aku nak berdiri lelama. Dah la aku ni very high possibility nak dapat penyakit gout. Uric Acid aku agak tinggi jugak la, dah sampai tahap siling dah tu.
Tapi kalau tengok jemaah, makin hari makin kurang sebenarnya. Macam kat Uda tu, malam first aku rasa macam orang2 kat uda tu gathering giler2 nak datang solat. Tapi masuk malam ke-3 ke-4, dah berkurang sket. Bila aku kat seremban ni pun sama. Tapi baru hari ni la kan aku solat tarawikh kat senawang. Tapi kat sini macam pelik sikit, diorang buat 10 rakaat aje. Alasannya, sini ramai sangat orang tua kerepot jadinya nak buat 8 macam sikit sangat, 20 pulak banyak sangat, so diorang amik 10 la.
Aku nak citer sikit pasal insiden yang melibatkan polis. Semalam ada satu kes polis pukul budak masa dalam tahanan. Kesian budak tu sampai masuk hospital. Panjang citernya, so aku malas nak citer panjang pasal kes tu. Cumanya aku rasa polis dah melampaui batas, kesian budak tu dah la teraniaya, pastu nak paksa2 orang tak bersalah mengaku.
Aku rasa ada banyak cara lain lagi sebenarnya.. Kita kan ada bomoh. Santau. Haa.. walaupun berdosa dan syirik, baikla korang buat bebenda alah sihir ni kepada orang jahat, macam kes budak ni, sape yang curik alat ganti kereta tu, perut dia kembung. Ini tak, cikgu engko yang ko tuju2 kan. Ko dah giler ke hape? Bekas makwe engko yang ko buat sampai jadik giler. Mana pegi hotak diorang ni semua?
Kat senawang ni macam boring la pulak. Takde maknanya pegi melepak kat bandar senawang tu. Bebudak yang melepak2 kat situ semuanya alahai, aku pun tak fahamla, setakat satria standard nak tarik2 depan aku buat aku rasa nak termuntah. Bukan la nak hina tapi come on la wei. Kalau nak compare dengan EVO ke, Impreza ke, memang jauh panggang dari api. Takyah jauh2 la, dengan kereta aku pun aku rasa korang susah nak kejar. Kalau korang main turbo takcila. Keter aku NA je, tapi prinsip aku, man-man leiya. Takde apa yang nak dishow off kan.
Oklah, aku nak tido, tunggu Nina tak reply2, boring gak nih..
Selamat berpuasa.. bye2..
(Nak selamat bacalah niat puasa untuk sebulan, sebulan aje tau, jgn setahun..)
No comments:
Post a Comment