October 21, 2005

Innalillah

Pagi tadi di kala saya sedang bersiap-siaga untuk keluar menghantar hamper2 yang disediakan oleh cik sam kepada para pelanggannya, saya terdengar satu pengumuman mengejutkan di corong radio.

"Datin Seri Endon telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.55 pagi di Putrajaya..........bla bla bla"

Dengan tiba2 hari saya menjadi sangat sayu. Saya sungguh terkilan kerana selama ini saya agak meluat dengan sikap Perdana Menteri kita yang mengambil sikap berdiam diri apabila terlalu banyak isu2 semasa yang panas dibincangkan di media dan pentas parlimen. Akibatnya, saya mempunyai sedikit perasaan anti terhadap beliau di atas sikapnya itu. Ditambah pula dengan beberapa kes terdahulu yang melibatkan beliau sendiri dengan saya secara peribadinya.

Alangkah sedihnya apabila saya dapati, rupa2nya PM sedang menghadapi saat2 sukar di samping isteri tersayang yang sedang bergelut dengan nyawa. Saya hampir terlupa dengan kesakitan yang Datin endon alami di sebalik penampilan cerianya semasa beliau banyak menghadiri majlis2 keraian, terutamanya fesyen Batik yang begitu diagung2kan dan atas usaha beliaulah saya berasa Batik mula mendapat perhatian dan penarafan yang sewajarnya, di waktu hayatnya.

Saya LUPA!

Di waktu pengumuman tersebut, saya dapat rasakan suasana yang agak berlainan dari hari2 biasa. Cuaca agak mendung, seperti mencerminkan kekelaman dan kesuraman seluruh isi pelosok negara yang sedang bermuram-durja di atas pemergian Wanita Pertama itu. Hujan turun dengan kala yang rambang, serambang tangisan orang2 yang sekejap2 bertangis, dan sekejap2 bertenang dengan keadaan yang sesedih itu. Jelas sekali Perdana Menteri kita tidak dapat menyembunyikan kesedihannya di atas kehilangan yang sebesar itu.

Sepanjang rondaan saya di sekitar Kuala Lumpur dan bandar2 pesisirnya sepanjang hari ni, hati saya turut tersentuh dengan bacaan ayat2 suci al-quran yang didengarkan di corong2 radio. Bila bertukar ke rangkaian yang lain, suasana sedih masih tergambar dengan dendangan lagu2 berentak sentimental atau perlahan yang menggambarkan kehilangan. Hanya dengan lena untuk beberapa ketika sahaja yang dapat menghilangkan rasa gundah di hati saya. Kasihan Bob, beliau terpaksa memandu berseorangan ketika saya memejamkan mata memendam gulana.

Perasaan sedih lebih terserlah apabila melihat liputan sepanjang acara pengurusan jenazah yang disiarkan di berita TV3. Mujurlah di ketika itu saya ada bersama2 dengan rakan2 seperjuangan penulisan blog melepak dengan Afdlin Shauki di NZ Wangsa Maju. Sememangnya mustahil untuk saya melahirkan atau menunjukkan perasaan saya yang sebenarnya di waktu itu melainkan dengan membuat lawak2 dungu seperti pertanyaan dengan siapakah PM kita akan berkahwin selepas ini, dan apakah sebab salah seorang pelawat bersalam dan berpeluk2an dengan PM, mungkin dengan sebab untuk meluluskan projek.

Saya tidak berniat langsung untuk bersangka buruk, cuma tindakan responsif diri saya apabila saya cuba untuk menyembunyikan sesuatu yang tersimpan jauh di sidut hati saya.

Hati saya mudah tersentuh dengan perkara2 yang menyedihkan seperti ini. Lebih2 lagi dengan kisah2 kehilangan. Baru sahaja saya menyiarkan kisah cinta yang tidak kesampaian di dalam blog saya, hadir lagi sebuah kisah kehilangan cinta yang lebih agung pengorbanannya.

Sebagai seorang hamba Allah, ingin saya berpesan, jika kita mengasihi seseorang, contohilah sikap Perdana Menteri kita. Keluarga mestilah diutamakan daripada apa jua perkara.

Sekurang2nya saya ada belajar sesuatu yang berguna daripada PM kita pada hari ini. Walaubagaimanapun, ini tidak semestinya menjanjikan sokongan saya terhadap beliau. Kita hanyalah manusia biasa yang diberi pilihan dalam hidup, dan saya ada pilihan tersendiri....

No comments:

Sponsor Links

Free Iphone?
Or Free Ipad?
Learn how to get free gadgets

Want to make money from Iphone/Ipad apps?
Affiliate yourself with apps developer to make money

Search Optimize your website
and win free gadget?
SEO Marketing