Selamat hari raya kepada semua!!!!

Dalam Gambar, dari kiri; hafizh, ikhwan, bapak aku, mak lang, hafiqh, fatiha, mak aku, pak long(berdiri di belakang), adik, nanak, ina (yang tersenget2 tu) wani, farah, lokman(berdiri kat belakang) arifah, atifah dan mak long. Kalau nampak kat pintu tu, izzat. Click pada gambar utk lihat gambar size yang sebenarnya. Comel2 sepupu-sepupu aku.
Semalam aku beraya di kampung. Semuanya terasa seperti biasa. Puasa pun tak terasa langsung, rasanya seperti tak berpuasa pun. Aku tiba di kampung di petang hari raya itu. Rasa gembira bercampur dengan sedikit ralat, sebab kalau segalanya berjalan lancar, tidaklah aku pulang ke kampung berseorangan, sekurang-kurangnya ada seorang yang setia menemani aku di sisi. Tidaklah aku tersenggut-senggut menahan lena keseorangan. Acapkali aku tertidur walaupun jarak perjalanan yang sangat pendek, hanya dari tol senawang ke tol simpang ampat, jaraknya hanya lebih kurang 50 km. Yang ada menemani perjalanan aku hanyalah Farah, itu pun dia tertidur setelah tak berapa lama menaiki kereta aku yang sememangnya sesiapa yang naik pun, termasuklah aku, pasti rasa nak tertidur. Bayangkanlah aku yang memandu pun boleh mengantuk yang amat sangat. Aku pun tak tahu apa yang berlaku, malam sebelumnya aku tido awal tapi masih juga mengantuk.
Setibanya di kampung, nenek menyambut ku dengan muka yang agak mencuka. Aku bertanya-tanya di dalam hati kenapalah agaknya nenek aku mencuka, adakah sebab aku menekan-nekan hon keretaku atau sebab aku meng'rev'-'rev' engine keretaku sebaik sahaja tayar keretaku menapak di halaman rumah nenekku itu. Kelihatan nenek dan mak lang ku sibuk menyediakan juadah untuk raya, sup tulang dan rendang. Aku semacam tak berapa hairankan sangat benda-benda seperti itu. Padaku, itu bukanlah perkara pokok semasa raya ni. Perkara yang paling utama adalah berkumpulnya semua sanak saudaraku yang bukanlah seramai mana, tapi cukup menghiburkan apabila semuanya ada. Itulah perkara yang paling ku tunggu-tunggu setiap kali beraya, atau ada acara keluarga di kalangan kami, walaupun hubungan keluarga di kampung dengan keluarga pak longku agak renggang kebelakangan ini, di atas sebab-sebab yang aku pun agak ragu-ragu. Pak Long ku pula sibuk membakar lemang. Mak long ku sibuk membuat laksam. Hatiku sangat terhibur sekali melihat keletah sepupu-sepupu kecilku, iaitu anak-anak Pak Longku bermain dengan adik kecilku Farah. Si Atifah yang dulu begitu manja dengan aku, bila dah besar, agak tersipu-sipu, mahu sahaja aku peluk dan cium sepupuku yang suatu waktu dulu sangat comel dan manja tapi umurnya dah meningkat remaja, aku terpaksa bataskan pergaulan yang seperti itu.
Adiknya Lokman Hakim, suka mengacau orang kalau orang tak kacau dia. Selepasnya Arifah, kawan baik Farah setiap kali bertemu. Bawahnya lagi, sepupu yang paling aku geram, Fatiha, sampaikan aku letak gambarnya di Yahoo Messenger ku. Bawahnya Heikal, kecil sangat lagi. Aku selalunya suka main dengan Fatiha, sebab dia paling sukar didekati tapi kalau dah dapat tackle dia, memang dia nak dekat kita aje selalu. Nak harap anak sendiri, tak tahu lah bila. Aku belum ada rancangan nak berkahwin pun dalam masa yang terdekat ni.
Yang tak seronoknya, sepupuku yang sebaya dengan Izzat adikku, dipatuk ular awal tengahari tadi. Apabila aku tiba, nenekku mengkhabarkan bahawa adik sepupuku itu sudah hendak pengsan. Tanpa berlengah, aku bersama mak langku bergegas ke klinuk chua di Tampin. Aku pula merayau-rayau di bandar Tampin mencari kartus isi semula pra-bayar Digi yang sememangnya selalu habis di bandar Tampin ni. Sebaik sahaja aku mendapatkannya, aku bergegas ke keretaku, dan di situ ku lihat Mak Lang dan Wani sedang menungguku. Wani kelihatan pucat dan lemah sekali. Rupanya mak lang ku sudah membuat panggilan berkali-kali tetapi tidak aku angkat. Masa itu aku sedang membuat panggilan, sememangnya aku jarang nak angkat penggilan jika aku sedang bercakap. Mak Lang ku berkata, Dr. suruh dirujuk kepada Hospital. Aku terus sahaja menghantar mereka ke hospital. Agak lama menunggu, aku pun membuat panggilan lagi kepada ibubapaku menyatakan aku berada di hospital, menunggu wani yang sedang menjalani ujian darah dan air kencing. Berkemungkinan lewat, aku membelikan makanan untuk Mak Lang dan Wani di pasar Ramadhan Tampin. Di sana, ada seorang gadis yang sangat menambat hati. Berulang-kali juga aku berlegar di hadapan gerainya sehinggalah dia hilang dengan tiba-tiba. Tiba-tiba mak lang ku menelefon mengatakan keputusan ujian sudah diperolehi dan wani boleh balik. Setibanya di rumah, semuanya sudah ada dan hanya menunggu untuk berbuka.
Yang menggelikan hati, sup semuanya tawar, semuanya serba tak kena. Mungkin juga kerana nenekku risaukan si Wani, masakannya semua jadi tak sedap. Kasihan nenekku. Dengan segera mak kesayanganku membetulkan semula semua masakan nenek. Tak mengapa nek, tak sedap pun, aku tetap sayangkan nenek. Lepas makan, aku pun keluarkan bunga api yang aku beli dengan harga RM70. Banyak betul aku beli bunga api. Main di rumah seremban pun tak habis. Main malam raya pun ada banyak baki lagi. Aku rasa nak tunggu diorang beramai-ramai datang ke rumah nanti, lepastu bolehlah habiskan ramai-ramai. Aku pun seperti biasa, siap lambat, bila dah siap, semua orang dah pergi masjid. Terpaksalah aku meminta adik menghantarkan aku ke masjid. Nak pergi hantar takbir dari rumah ke rumah. Baru aku teringat, ruginya tak ambil gambar semasa main bunga api di rumah tadi.



Tahun ini juga, kami bertakbir dalam 2 kumpulan, di mana aku juga menjadi kemudi. Aku yang membuat keputusan rumah siapa yang patut kami kunjungi dan sebagainya. Aku terpaksa kerana aku mahu urusan ini selesai dengan segera. Boleh lah aku balik awal dan main lagi bunga api dengan adik-adik saudaraku itu. Namun, malam itu hujan, jadinya aku hanya dapat berkongsi gambar-gambar ini sahajalah..
No comments:
Post a Comment